Luka Ngeri Digigit Jerung Ketika Berenang (3 GAMBAR)

Cristina Ojeda-Thies mungkin antara mangsa yang bernasib baik kerana hanya menerima kesan luka digigit jerung dan bukannya dijadikan santapan jerung tersebut.

gambar diatas merupakan kesan gigitan yang ditinggal oleh jerung ketika berenang pada malam Krismas lalu.

Dalam tweeternya, dia menulis : Hari ini saya bersemuka dengan jerung.Perkara yang berlaku ketika kamu berenang di Pulau Canary".

Cristina menambah, dia merasakan seperti digigit namun tak mempedulikannya kerana mungkin merasakan gigitan seperti anjing.

"Ketika menghampiri pantai, saya merasakan sekali lagi tangan saya seperti ditarik dan ketika memandang nya saya nampak jerung sedang menggigit saya.

Saya menyiku menggunakan tangan kanan dan jerung itu berenang meninggalkan saya. Semua berlaku dalam sekelip mata." kata Cristina.

Kejadian tersebut membuatkan dia takut untuk berenang dan mujur dia sempat untuk bertindak menyiku jerung tersebut.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blogger news