Di Amerika Selatan, terdapat sejenis tumbuhan unik dan boleh dianggap tumbuhan purba kerana ia mampu hidup sehingga 3,000 tahun.
Yareta atau Azorella compacta merupakan tumbuhan berbunga yang tergolong dalam keluarga Apiaceae.
Ia tumbuh di padang rumput Puna yang dingin terletak di Pergunungan Andes di Peru, Bolivia, utara Chile dan Argentina Barat pada ketinggian antara 3,200 dan 4,500 meter, di mana angin sejuk bertiup.
Untuk terus hidup dalam keadaan yang ekstrem, Yareta tumbuh dalam keadaan yang begitu padat di antara satu sama lain di mana berat tumbuhan itu mampu mencecah berat seperti seorang manusia.
Tumbuhan itu juga tumbuh rapat di atas tanah bagi mengekalkan haba dalaman sebanyak yang mungkin.
Ini juga membantu untuk menentang angin kuat pada altitud tinggi, yang mampu mencabut akar apa-apa jenis tumbuhan.
Untuk terus hidup dalam persekitaran Pergunungan Andes yang ganas, Yareta berkembang secara perlahan-lahan iaitu hampir 1.5 sentimeter setahun (pada kadar geologi).
Kebanyakan Yareta dianggarkan berusia lebih dari 3,000 tahun.
Yareta kini menjadi antara spesies yang dilindungi dan disebabkan kadar pertumbuhannya yang perlahan, ia juga disenaraikan sebagai tumbuhan yang terancam. - amusingplanet
Tahukah anda?
Menurut penduduk tempatan, Yareta boleh digunakan sebagai ubat-ubatan untuk meredakan sakit sendi. Teh yang dibuat dari daunnya dikatakan mampu mengatur tekanan darah, mengubati diabetes dan juga ubat untuk melangsingkan badan.
Sumber - sinarharian & scribol.com
0 comments:
Post a Comment