Meagan McCullough, antara penjenayah paling menawan (6 GAMBAR)

Penjenayah paling menawan sebelum ini,Stephanie Boudoin bukanlah penjenayah pertama menjadi popular di Internet kerana kecantikan mereka.

Sebelum ini, Meagan McCullough, wanita Florida yang ditangkap pada 2010 kerana memandu dalam keadaan mabuk juga menjadi popular secara tiba-tiba.

Gambarnya yang tersebar dengan baju tahanan selepas menangis memikat ramai lelaki sehingga ada yang menawar diri untuk berkahwin dengannya.

Baru-baru ini, satu lagi gambar beredar di Internet menunjukkan penjenayah Jeremy Meeks selepas ditangkap kerana memiliki senjata api di Stockton, California.

Gambarnya dengan mata biru menjadikannya sensasi hingga ada syarikat yang menawarkan dia menjadi model, kata peguamnya. Bagaimanapun, laporan kononnya dia ditawarkan kontrak untuk menjadi peragawan dengan bayaran AS$30,000 (RM96,000) disahkan tidak benar. Sumber MyMetro







 

Penjenayah terseksi di dunia (6 GAMBAR)

Kanada: St├ęphanie Boudoin secara tiba-tiba menjadi popular dan digelar ‘penjenayah wanita paling seksi di dunia’ selepas sebuah akhbar di Montreal, Kanada menyiarkan gambarnya berbikini.

Stephanie ditangkap bulan lalu di Vicoriaville, Kanada, atas tuduhan memecah masuk 42 rumah di kawasan berkenaan.

Pihak berkuasa Kanada percaya jelitawan berusia 21 tahun itu bekerjasama dengan tiga gadis bawah umur berusia 13, 15 dan 17 tahun untuk merompak penduduk di kawasan Athabaska dan Maple.

Pelajar kejururawatan itu dan rakannya didakwa memasuki rumah mangsa menggunakan pintu belakang atau tingkat bawah tanah.

Minggu lalu, pendakwa raya memfailkan lebih banyak tuduhan ke atas Stephanie, menjadikan jumlah tuduhan dihadapinya kepada 114.

Dia akan didakwa merompak, menerima barang curi serta memiliki dan menyimpan secara haram sembilan senjata api.

Polis menemui senjata berkenaan di belakang kereta Mitsubishi Lancer miliknya.

“Kertas pertuduhan terhadapnya begitu tebal,” kata peguamnya, Denis Lavigne.

Menurutnya, Stephanie menemui doktor untuk menentukan keadaan mentalnya ketika melakukan jenayah.

Wanita itu akan dihadapkan ke mahkamah semula pada 17 November.

Sejak gambar Stephanie disiarkan di media sosial, ramai menggelarnya ‘penjenayah paling seksi terbaru dunia.’ “Penjenayah ini mencuri hati saya,” kata seorang pengguna Twitter.







Saya adalah seorang murid waktu siang dan hamba seks pada waktu malam ': Mangsa seks kultus syaitan bersuara

Anak seorang wanita yang terbabit dalam satu ajaran sesat berikrar dia tidak akan memaafkan ibunya, Jacqueline Marling, yang kejam kerana memaksanya tidur dengan 1,800 lelaki.

Wanita itu, Annabelle Forest berkata, dia dipaksa melihat ibunya melakukan seks dengan pemimpin ajaran sesat, Colin Batley sebagai sebahagian proses memasukkannya ke dalam kumpulan itu ketika dia berusia tujuh tahun.

Pada usia 11 tahun, dia diperkosa Batley, kejadian yang disifatkannya sebagai ‘paling sakit dan mengejutkan pernah dialaminya.’ Annabelle mendedahkan pengalamannya itu dalam wawancara dengan Wales Online, semalam.

Dia juga menceritakan secara terperinci mengenai pengalaman perit dilaluinya selama 10 tahun dalam buku berjudul ‘The Devil on the Doorstep: My Escape from a Satanic Sex Cult.’ “Selepas diperkosa, dia (Batley) bertanya sama ada saya seronok.

“Saya tahu apa yang perlu saya jawab.

Saya kata seronok.

“Tetapi di dalam hati, saya merasakan seperti hendak mati,” kata Annabelle dalam bukunya itu. 








Bagaimanapun, kejadian paling buruk menyusuli apabila dia didera secara seksual oleh ibu kandungnya sendiri ketika berusia 14 tahun.

“Ibu saya wanita jahat dan saya tidak boleh memaafkannya,” kata Annabelle.

Menurutnya, dia dipaksa tidur dengan 1,800 lelaki untuk mengutip dana bagi gereja milik agama itu.

“Saya menjadi pelacur untuk membantu kumpulan itu.

Siang saya ke sekolah.

Malam saya dipaksa melacur,” kata Annabelle di dalam bukunya itu.




Batley dan Jacqueline dipenjara pada 2011 selepas didapati bersalah mendera Annabelle secara seksual.

Fahaman ajaran mereka berdasarkan buku berjudul Book of the Law karangan Aleister Crowley. Mereka membuat kanak-kanak beranggapan cara mendekatkan diri dengan tuhan ialah dengan melakukan seks.

Jarrod Allen Mencipta Semula Gambar Wanita Dari Profil Tinder (7 GAMBAR)








Ladang koleksi helikopter dan kapal terbang lama yang berjumlah sekitar 35 Billion US (8 GAMBAR)

Kumpulan Pembangunan Semula dan Penyelenggaraan Aeroangkasa ke-309 (309th Aerospace Maintenance and Regeneration Group atau AMARG), seringkali dipanggil dengan nama The Boneyard, merupakan sebuah kemudahan penyimpanan dan penyelenggaraan milik Tentera Udara Amerika Syarikat di Tucson, Arizona. Secara tepatnya, ia terletak di dalam Pangkalan Tentera Udara Davis-Monthan. AMARG dahulunya dikenali sebagai Pusat Pembangunan Semula dan Penyelenggaraan Aeroangkasa atau AMARC. Sebelum itu, ia juga dikenali sebagai Pusat Pelupusan dan Penyimpanan Pesawat Tentera atau MASDC.

AMARG kini menyimpan lebih daripada 4,400 buah pesawat, termasuk 700 buah F-4 Phantom II, yang mana harga pembelian asalnya dianggarkan bernilai kira-kira AS$ 27 bilion. Sebagai sebuah unit Perintah Bahan Tentera Udara, kumpulan ini diletakkan di bawah arahan Sayap Penyelenggaraan ke-309 diPangkalan Tentera Udara Hill, Utah. Asalnya AMARG dibina untuk tujuan menyimpan lebihan pesawat milik Jabatan Pertahanan dan Pengawal Pantai, akan tetapi sejak beberapa tahun yang lepas telah didesignasikan sebagai tempat penyimpanan tunggal bagi pesawat yang tidak digunakan lagi daripada kesemua cabang perkhidmatan kerajaan Amerika Syarikat.









Lot parkir RM3.16 juta

New York: Pemaju sebuah kondominium di kejiranan SoHo di sini menawarkan lot parkir yang lebih mahal berbanding sebuah rumah sederhana mewah di Dallas atau Seattle - AS$1 juta (RM3.16 juta).

Akhbar New York Times melaporkan, 10 parkir bawah tanah di 42 Jalan Crosby itu jauh lebih mahal daripada apartmen di atasnya.

Lot parkir berkenaan akan dijual dengan harga antara kira-kira AS$5,000 (RM16,000) dan AS$6,666 (RM21,300) setiap kaki persegi.

Apartmen tiga bilik diatasnya berharga sekitar AS$8 juta (RM25.6 juta) hingga AS$10 juta (RM32 juta) atau kira-kira AS$3,100 (RM9,900) setiap kaki persegi.

Ketua Pegawai Esekutif syarikat pemaju itu, Shaun Osher berkata, kawasan parkir di SoHo amat terhad dan pihaknya bersedia untuk menjadi pendahulu dalam menetapkan harga mahal bagi tempat letak kereta. - Agensi




Gambar Instagram Siti Saleha keterlaluan, lucah?


Siti Saleha menyatakan bahawa gambar yang dimuat naik di laman sosial Instagramnya ketika bercuti di Pulau Tioman tidak keterlaluan dan lucah.

"Saya tidak pasti apa yang silapnya dengan gambar berkenaan kerana pada saya ia hanya bersifat artistik.

"Sebagai seorang selebriti saya tahu had dan sentiasa berhati-hati sebelum memuat naik sesuatu gambar di laman sosial," ujarnya yang dipetik dari mStar.

Saleha berkata demikian selepas diminta mengulas mengenai gambarnya daripada bahagian belakang sambal duduk di atas kayu di tepi pantai mendapat perhatian pengikutnya yang mengkritiknya.

Dalam pada itu, aktres berusia 24 tahun itu turut mengakui telah menyekat pengikutnya dikatakan melampau dan keterlaluan.

"Ini adalah harga yang saya perlu bayar apabila menjadi seorang selebriti dan saya terima Cuma mana yang terlalu melampau saya akan sekat mereka."

Dalam perkembangan lain, Saleha bakal terlibat sekali lagi dalam teater "Asrama-Ra All Stars" yang bakal dipentaskan di KLPAC pada 16 hingga 19 Oktober depan.

Tak cukup mati dibelasah, mangsa dibogelkan dan dirakam

Sandakan: Tidak cukup membelasah seorang gadis yang juga rakan sekerjanya dengan batang besi sehingga maut, seorang lelaki turut menanggalkan semua pakaian dan merakam foto mangsa dalam keadaan bogel dalam kejadian di sebuah kilang di Kampung Sungai Kayu, Batu 7, di sini, kelmarin. Dalam kejadian jam 5.30 petang, mangsa Rizma Johan, 20, yang ketika itu masih bernyawa dikejarkan ke Hospital Duchess of Kent (HDOK) untuk mendapatkan rawatan sebelum disahkan meninggal dunia akibat parah di kepala.

Difahamkan, sebelum kejadian, mangsa bersama empat rakan sekerjanya dalam perjalanan pulang ke rumah dari tempat kerja sebelum suspek meluru dari belakang dan terus menarik rambut gadis berkenaan.

Pada masa sama, suspek memukul kepala mangsa menggunakan batang besi beberapa kali sehingga beberapa rakan sekerjanya cuba membantu dengan menahan suspek daripada terus membelasah gadis terbabit.

Bagaimanapun, suspek tidak mengendahkannya malah turut memukul seorang rakan mangsa menggunakan batang besi sama.

Sebaik mendapati mangsa tidak sedarkan diri, lelaki terbabit menanggalkan semua pakaian mangsa sebelum merakam gambar bogel mangsa sebelum beredar.

Majikan mangsa yang tiba beberapa minit kemudian membawa mangsa ke HDOK untuk rawatan.

Ketua Polis Daerah Sandakan Asisten Komisioner Zabidi Md Zain berkata, mangsa disahkan meninggal dunia sebaik tiba di hospital.

Suspek berusia 30 tahun yang juga rakan sekerja mangsa ditahan selepas menyerah diri di Balai Polis Sandakan, jam 8.30 malam hari sama,” katanya.

"Siasatan lanjut di tempat kejadian turut menemui sebatang besi dipercayai digunakan suspek ketika kejadian," katanya.

Zabidi berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Sumber my.news.yahoo.com

Foto - Foto Selepas Show Tamat (9 Gambar)

Sejak tahun 2005, jurugambar Matthias Willi dan wartawan Olivier Joliat telah membangunkan satu projek fotografi bertajuk The Moment After the Show. Dalam penerbitan 144 halaman itu, pasangan itu telah menangkap gambar detik-detik pemuzik terkenal yang berpeluh dan letih  belakang pentas , saat yang penonton biasanya tidak dapat menyaksikan. Kira-kira 100 kumpulan telah mengambil bahagian, termasuk nama-nama popular seperti Metallica, Sonic Belia, Gnarls Barkley, dan The Hives.












Asal - Usul Nama Bulan Dalam Takwim (Kalendar)

Kalendar Gregory merupakan takwim yang paling banyak digunakan di hampir Seluruh Dunia. Ia merupakan Kalendar Julian yang telah diubah sedikit.

Kalendar ini dicipta kerana Kalendar Julian dinilai kurang tepat, sebab permulaan musim bunga (21 Mac) semakin maju sehingga, perayaan Easter yang sudah disepakati sejak Konsili Nicea I pada tahun 325 tidak tepat lagi. Lalu pada tahun 1582, hari Sabtu 4 Oktober diikuti dengan hari Ahad 15 Oktober.

Bulan Januari berasal dari nama dewa Rom iaitu Janus (dewa pintu). Februari
dinamakan bersempena dewa Rom Februus, dewa penyucian. Mac juga dinamakan bersempena dewa Rom Mars, dewa perang. Pada asalnya, Mac merupakan bulan pertama dalam kalendar Rom. Kemudian pada tahun 45 SM, Julius Caesar menambahkan bulan Januari dan Februari di hadapannya.

Nama "April" berasal daripada bahasa Latin aprilis, sama ada dari perkataan Latin aperire yang bererti "membuka", kemungkinannya merujuk kepada pokok-pokok berkembang pada musim bunga, ataupun daripada nama Aphrodite/ Apru, dewi cinta orang Yunani.

Mei berasal dari nama dewi kesuburan orang Yunani, Maia.Nama bulan Jun berasal dari nama dewi Rom Juno. Bulan ketujuh dalam takwim pula dinamakan "Julai" kerana Julius Caesar dilahirkan pada bulan ini. Sebelumnya, ia dipanggil Quintilis, yang bererti "kelima" dalam bahasa Latin, kerana pada asalnya kalendar Rom bermula pada bulan Mac

Bulan kelapan dinamakan "Ogos" bersempena Augustus Caesar. Sebelumnya ia dipanggil Sextilis, yang bererti "keenam" dalam bahasa Latin.

Nama - nama bulan ke sembilan, sepuluh, sebelas dan kedua belas berasal dari perkataan Latin yang bererti ketujuh, kelapan, kesembilan dan kesepuluh.

Pesta Skukatsu - Festival aneh dikebumikan hidup - hidup (4 Gambar)

Tokyo: Bagi sesetengah orang, ditanam hidup-hidup adalah bayangan paling menakutkan.

Tetapi di Jepun, pengebumian sebelum mati kini semakin popular.

‘Pesta Skukatsu’ atau pesta persiapan untuk mati yang diadakan setiap tahun mendapat sambutan hangat sehingga menarik 5,000 pengunjung dan lebih 50 syarikat pembuat keranda.

Festival itu menawarkan pendekatan peribadi bagi penyediaan upacara pengebumian.

Di samping itu, pengunjung boleh memilih pakaian pengebumian mereka serta gaya solekan, kemudian mencuba keranda yang mereka inginkan.

Sebaik selesai membuat pilihan, pembeli boleh menandatangani persetujuan untuk membuat tempahan, walaupun tidak tahu bila mereka akan mati.- MyMetro





Sinematik Fotografi OLEH TJ Scott

TJ Scott adalah seorang pengarah, penulis dan jurugambar dari Los Angeles. Beliau biasanya mewujudkan 'gambar bergerak' untuk memberitahu cerita dan merakamnya pada 24 Frames per second dengan krew yang ramai. 















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blogger news