Asal - Usul Nama Bulan Dalam Takwim (Kalendar)

Kalendar Gregory merupakan takwim yang paling banyak digunakan di hampir Seluruh Dunia. Ia merupakan Kalendar Julian yang telah diubah sedikit.

Kalendar ini dicipta kerana Kalendar Julian dinilai kurang tepat, sebab permulaan musim bunga (21 Mac) semakin maju sehingga, perayaan Easter yang sudah disepakati sejak Konsili Nicea I pada tahun 325 tidak tepat lagi. Lalu pada tahun 1582, hari Sabtu 4 Oktober diikuti dengan hari Ahad 15 Oktober.

Bulan Januari berasal dari nama dewa Rom iaitu Janus (dewa pintu). Februari
dinamakan bersempena dewa Rom Februus, dewa penyucian. Mac juga dinamakan bersempena dewa Rom Mars, dewa perang. Pada asalnya, Mac merupakan bulan pertama dalam kalendar Rom. Kemudian pada tahun 45 SM, Julius Caesar menambahkan bulan Januari dan Februari di hadapannya.

Nama "April" berasal daripada bahasa Latin aprilis, sama ada dari perkataan Latin aperire yang bererti "membuka", kemungkinannya merujuk kepada pokok-pokok berkembang pada musim bunga, ataupun daripada nama Aphrodite/ Apru, dewi cinta orang Yunani.

Mei berasal dari nama dewi kesuburan orang Yunani, Maia.Nama bulan Jun berasal dari nama dewi Rom Juno. Bulan ketujuh dalam takwim pula dinamakan "Julai" kerana Julius Caesar dilahirkan pada bulan ini. Sebelumnya, ia dipanggil Quintilis, yang bererti "kelima" dalam bahasa Latin, kerana pada asalnya kalendar Rom bermula pada bulan Mac

Bulan kelapan dinamakan "Ogos" bersempena Augustus Caesar. Sebelumnya ia dipanggil Sextilis, yang bererti "keenam" dalam bahasa Latin.

Nama - nama bulan ke sembilan, sepuluh, sebelas dan kedua belas berasal dari perkataan Latin yang bererti ketujuh, kelapan, kesembilan dan kesepuluh.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blogger news