Saya adalah seorang murid waktu siang dan hamba seks pada waktu malam ': Mangsa seks kultus syaitan bersuara

Anak seorang wanita yang terbabit dalam satu ajaran sesat berikrar dia tidak akan memaafkan ibunya, Jacqueline Marling, yang kejam kerana memaksanya tidur dengan 1,800 lelaki.

Wanita itu, Annabelle Forest berkata, dia dipaksa melihat ibunya melakukan seks dengan pemimpin ajaran sesat, Colin Batley sebagai sebahagian proses memasukkannya ke dalam kumpulan itu ketika dia berusia tujuh tahun.

Pada usia 11 tahun, dia diperkosa Batley, kejadian yang disifatkannya sebagai ‘paling sakit dan mengejutkan pernah dialaminya.’ Annabelle mendedahkan pengalamannya itu dalam wawancara dengan Wales Online, semalam.

Dia juga menceritakan secara terperinci mengenai pengalaman perit dilaluinya selama 10 tahun dalam buku berjudul ‘The Devil on the Doorstep: My Escape from a Satanic Sex Cult.’ “Selepas diperkosa, dia (Batley) bertanya sama ada saya seronok.

“Saya tahu apa yang perlu saya jawab.

Saya kata seronok.

“Tetapi di dalam hati, saya merasakan seperti hendak mati,” kata Annabelle dalam bukunya itu. 








Bagaimanapun, kejadian paling buruk menyusuli apabila dia didera secara seksual oleh ibu kandungnya sendiri ketika berusia 14 tahun.

“Ibu saya wanita jahat dan saya tidak boleh memaafkannya,” kata Annabelle.

Menurutnya, dia dipaksa tidur dengan 1,800 lelaki untuk mengutip dana bagi gereja milik agama itu.

“Saya menjadi pelacur untuk membantu kumpulan itu.

Siang saya ke sekolah.

Malam saya dipaksa melacur,” kata Annabelle di dalam bukunya itu.




Batley dan Jacqueline dipenjara pada 2011 selepas didapati bersalah mendera Annabelle secara seksual.

Fahaman ajaran mereka berdasarkan buku berjudul Book of the Law karangan Aleister Crowley. Mereka membuat kanak-kanak beranggapan cara mendekatkan diri dengan tuhan ialah dengan melakukan seks.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blogger news