Pasangan Lesbian Dinikahkan Oleh Imam Homoseksual



DUA wanita yang menjalin hubungan sejenis 'disatukan' sebagai pasangan suami isteri dalam majlis ringkas di Stockholm, Sweden, baru-baru ini.

Wanita berasal dari Iran itu dikenali sebagai Sahar Mosleh dan Maryam Iranfar memulakan kehidupan sebagai pasangan 'suami isteri' selepas sembilan tahun hidup bersama.

Dengan tersenyum lebar, kedua-dua wanita terbabit disatukan oleh 'imam' bernama Ludovid Mohamed Zahed.

Media melaporkan, Maryam sedang hamil anak pertama mereka, manakala Sahar menderita penyakit tulang yang memaksanya banyak bergantung kepada kerusi roda.

Ludovid adalah gay berasal dari Afrika Selatan dan memang dikenali ramai di kalangan pengamal hubungan sejenis dan seks songsang.



Bercakap kepada wartawan selepas majlis itu, Ludivid berkata, dia berkongsi kegembiraan pasangan lesbian berkenaan.

"Keberanian Maryam dan Sahar berusaha mendapat penghidupan baharu di negara asing sangat terpuji," katanya.

Di Iran pasangan cinta sejenis boleh dikenakan hukuman berat, termasuk 50 sebatan bagi kesalahan pertama dan kedua. Jika ditangkap dan disabitkan kesalahan kali ketiga, pengamal homoseks boleh dihukum mati.

Ludovid berkata, dia gembira dan puas kerana pasangan Maryam dan Sahar kini boleh memulakan hidup berkeluarga walaupun sudah lama menghadapi halangan.

"Ia perjalanan yang jauh. Mereka terpaksa berkelana meninggalkan negara sendiri untuk ke negara asing semata-mata mahu memulakan hidup baru sebagai pasangan suami isteri," katanya.


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blogger news