Kisah Legenda Kanak - Kanak Hijau Woolpit

Kanak-kanak hijau Woolpit merupakan kisah legenda mengenai kanak-kanak misteri yang dilaporkan muncul di sebuah kampung bernama Woolpit yang terletak di Suffolk, England sekitar abad ke-12. 

Menurut William dari Newburgh ketika zaman pemerintahan Raja Stephen (1135-1154), pada suatu musim menuai, penduduk kampung Woolpit telah menemui dua orang kanak-kanak yang bersaudara, kakak dan adik serta lubang serigala yang memberikan nama kepada kepada kampung itu. Kanak-kanak tersebut mempunyai kulit yang berwarna hijau, bercakap dalam bahasa yang tidak diketahui serta memakai pakaian yang pelik. Ralph dari Coggeshall mengatakan mereka itu telah dibawa ke kediaman Richard de Calne. Ralph dan William berpendapat bahawa dua orang kanak-kanak itu enggan memakan semua makanan selama beberapa hari sehingga mereka menemui kacang hijau dan memakannya dengan bersemangat. Kemudian, mereka menyesuaikan diri dengan makanan biasa secara beransur-ansur dan dalam waktu yang tidak lama kemudian, warna hijau pada kulit mereka hilang. Kanak-kanak lelaki yang merupakan adik itu menjadi sakit dan akhirnya mati selepas dia dan kakaknya dibaptiskan. 


Selepas mempelajari bahasa Inggeris, seorang kanak-kanak itu (Ralph mengatakan bahawa hanya kakak yang masih hidup) menjelaskan bahawa mereka berasal daripada kawasan yang tidak pernah disinari oleh matahari dan melainkan cahaya seperti waktu senja. William pula mengatakan bahawa tempat asal kanak-kanak itu ialah St. Martin manakala Ralph menambah bahawa tempat itu kesemuanya berwarna hijau. Menurut William, mereka tidak dapat menjelaskan sebab kedatangan mereka ke Woolpit. Mereka ketika itu sedang mengembala haiwan ternakan bapa mereka apabila mereka terdengar satu bunyi yang kuat (menurut William ia adalah bunyi loceng di Bury St Edmunds)[9] dan secara tiba-tiba mereka berada di sebuah lubang serigala tempat mereka dijumpai. Ralph pula mengatakan mereka telah sesat setelah mengikuti haiwan ternakan yang menuju ke sebuah gua dan dipandu oleh bunyi loceng sehingga akhirnya mereka muncul di tanah England. Menurut Ralph lagi, si kanak-kanak perempuan itu telah diambil dan bekerja sebagai seorang pelayan di kediaman Richard de Calne selama bertahun-tahun dimana dia dianggap sebagai "budak nakal dan kurang ajar". Dia kemudiannya berkahwin dengan seseorang darip King's Lynn, 40 batu dari Woolpit dimana Ralph mengatakan dia masih hidup tidak lama sebelum Ralph menulis mengenai kisahnya. Berdasarkan kajian tentang sejarah keluarga Richard de Calne, ahli astronomi dan penulis, Duncan Lunan telah membuat kesimpulan bahawa kanak-kanak perempuan itu telah diberi nama "Agnes" dan berkahwin dengan seorang pegawai kerajaan bernama Richard Barre.



Catatan kontemporari mengenai kisah legenda ini hanya terkandung dalam Chronicum Anglicanum karya Ralph dari Coggeshall dan Historia rerum Anglicarum karya William dari Newburgh dimana kedua-dua karya tersebut masing-masing ditulis pada tahun 1189 dan 1220. Antara masa itu dan penemuan kembali kisah itu pada pertengahan abad ke-19, kanak-kanak hijau kelihatannya hanya muncul dalam karya The Man in the Moone yang ditulis oleh biskop Francis Godwin yang menceritakan tentang catatan William dari Newburgh.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blogger news