Skandal dengan isteri orang: Warga emas dilanggar dan dipukul sebelum mati

KUALA TERENGGANU, 30 Jun (Bernama) -- Gara-Gara disyaki mempunyai hubungan dengan isteri orang, seorang penjual sayur berusia 61 tahun cedera parah dilanggar dan dipukul di Kampung Pasir Minal, Kemaman pada Selasa lepas.

Mangsa meninggal dunia empat hari kemudian, iaitu pada 28 Jun, ketika menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini, akibat kecederaan parah di kepala.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri ACP K.Manoharan berkata insiden itu berlaku pada kira-kira 5 pagi dan disedari anak saudara mangsa yang terdengar warga emas itu menjerit meminta tolong berhampiran rumah mereka.

Manoharan berkata siasatan awal mendapati motif kejadian berpunca daripada perasaan tidak puas hati kerana suspek, 43, yang merupakan jiran warga emas berkenaan, mengesyaki mangsa menjalinkan hubungan dengan isterinya.

Beliau berkata polis berjaya menemui motosikal dan topi keledar yang digunakan suspek tidak jauh dari tempat kejadian namun bahagian depan kenderaan itu sudah dibakar.

Manoharan berkata selepas kejadian itu, suspek yang tidak bekerja melarikan diri ke Kuala Lumpur bagi menggelak ditahan pihak berkuasa sebelum polis memberkasnya bersama seorang rakan di Hentian Putra pada kira-kira 7 malam, semalam.

-- BERNAMA

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blogger news