Tak menyesal bunuh ibu, ayah
BUENOS AIRES - ARGENTINA. Pasangan adik beradik tiri mengaku bersalah membunuh serta membakar kedua ibu-bapa mereka.
Leadra Acosta, 25, dan Karen Klein, 22, yang dilaporkan mempunyai hubungan percintaan mengaku bersalah menembak dan membunuh ibu, Miryam Kowalczuk dan bapa mereka, Ricardo Klein kerana didakwa mendera dua adik kembar mereka yang berusia 11 tahun.
Jenayah kejam itu terbongkar selepas menerima laporan daripada saudara mereka yang pelik dengan tingkah laku kedua beradik itu yang enggan membenarkannya masuk ke rumah ketika berkunjung ke kediaman mangsa.
Hasil siasatan, polis menjumpai tulang pinggul Miryam di dalam baldi di rumah mereka di Pilar, pinggir bandar Buenos Aires.
Pasangan adik beradik itu juga dilaporkan turut mengerat beberapa bahagian badan ibu bapa mereka dan sebahagian anggota badan diberikan kepada anjing peliharaan mereka sementara sebahagian yang lain dibakar.
Malah, Acosta turut dilaporkan memakan cebisan daging ayah tirinya itu.
Sementara itu, Klein berkata, Acosta menembak mati ayah mereka ketika tidur manakala ibunya pula ditembak di kepala ketika sedang berjalan keluar dari bilik.
Pasangan itu dilaporkan melakukan perbuatan itu ketika adik mereka berada di sekolah.
Peguam bela Acosta, Monica Chirivin berkata, anak guamnya itu tidak menyesal melakukan perkara demikian malah berasa lega beban yang terpaksa ditanggung akibat sering didera oleh ibu-bapa mereka sejak dari zaman kanak-kanak akhirnya terlerai.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment