VERBANIA: Apakah rahsia seseorang panjang umur?
Bagi Emma Morano, wanita tertua di dunia ketika ini yang berusia 117 tahun, makanan yangsimplekelihatan menjadi rahsia.
Emma satu-satunya manusia yang dilahirkan pada abad ke-19 kini berada di planet bumi.
“Saya hanya makan dua biji telur setiap hari dan juga biskut-biskut,” katanya kepada AFP.
Dia makan makanan tersebut selama lebih 90 tahun ketika usianya 20 tahun. Bermaksud, Emma telah makan lebih daripada 100,000 telur sepanjang hidupnya.
“Telur tersebut tidak digoreng ataupun dimasak. Saya hanya akan makan dua biji telur mentah setiap hari selama berdekad.
Sebiji telur mengandungi 75 kalori, dan antara lain 7 gm protein berkualiti tinggi dan 5 gm lemak.
“Tetapi saya tak banyak makan kerana saya tak ada gigi,” ujarnya.
“Selain itu, doktor juga ada memberitahu bahawa tabiat makan tersebut membantu penyakit anemia saya,”tambahnya.
Dilahirkan pada tahun 1899, Emma memegang gelaran tersebut setelah kematian Susannah Mushatt Jones. Tambah beliau lagi, antara penyebab utama dia panjang umur adalah kerana tidak dikuasai oleh sesiapa.
“Saya bercerai dengan bekas suami saya ketika berumur lewat 30-an, sejak itu saya bebas dan tidak dikongkong oleh orang lain,” katanya.
Wanita paling lama hidup ialah Jeanne Calment (1875-1997) dari Perancis yang meninggal dunia pada usia 122 tahun, 164 hari.
Manakala lelaki paling tua pula ialah Joroemon Kimura (1897-2013) dari Jepun yang meninggal dunia pada usia 116 tahun, 54 hari. – Sarawakvoice
0 comments:
Post a Comment