Pemilik Alibaba.com itu berpendapat, sebenarnya orang yang hidup senang dan bahagia adalah orang yang berpendapatan sederhana dan bukan orang yang mewah dengan kekayaan.
“Di China, saya rasa orang yang paling bahagia adalah orang yang berpendapatan antara 20,000-30,000 Yuan (RM12,000-RM18,000) sebulan. Dengan memperoleh pendapatan ini, sudah memadai mendirikan rumah tangga, memiliki rumah kecil dan kereta.
“Ini sudah cukup bahagia. Jika anda berpendapatan lebih daripada 10-20 juta Yuan (RM6-RM12 juta) sebulan, ia pasti akan membawa pelbagai masalah kepada anda,” katanya.
Ma Yun berkata, beliau tidak ingin memiliki terlalu banyak saham dalam syarikatnya, iaitu Alibaba Group.
“Kalau boleh, saya ingin menjual saham saya sendiri sehingga tinggal lapan peratus sahaja,” katanya.
Beliau turut mengakui dengan memiliki harta kekayaan yang terlalu banyak akan menyebabkan diri sendiri berada dalam keadaan serba salah dan menanggung beban yang berat.
“Setiap hari anda akan fikir bagaimana hendak gunakan wang sebanyak itu. Sama ada mahu beli saham, beli tanah, rumah ataupun bon?
"Kalau anda ada wang berbilion-bilion, tanggungjawab anda kepada masyarakat lagi besar,” katanya.
0 comments:
Post a Comment