Ritual MaiNene - Ritual Menggali Semula Mayat


SEORANG lelaki merapikan rambut mayat seorang ahli keluarganya semasa upacara MaiNene yang diadakan di sebuah kampung di Toraja dalam wilayah Sulawesi Selatan, Indonesia pada bulan lalu.

TORAJA, Sulawesi Selatan - Satu ritual dinamakan MaiNene atau majlis merapikan mayat dilakukan oleh penduduk sebuah kampung di sini yang terletak di Sulawesi Selatan, Indonesia setiap tahun pada bulan Ogos.

Dalam upacara itu, penduduk kampung akan menggali semula kubur saudara-mara mereka dan mengheret keranda berisi mayat itu menuju ke tempat mereka meninggal dunia.

Menurut kepercayaan penduduk tempatan, walaupun anggota keluarga mereka telah meninggal dunia tetapi roh dan kenangan mendiang masih lagi wujud dan perlu dibersihkan.

Mayat-mayat itu akan dibawa pulang ke rumah sebelum mereka dimandikan dan dipakaikan dengan pakaian baharu sebelum dihias cantik.

Amalan tersebut turut melibatkan mayat kanak-kanak yang dipakaikan pakaian yang cantik dan diberikan anak patung mainan.

Keranda rosak yang menempatkan mayat-mayat pula akan ditukar atau dibaiki sebelum diarak sekeliling kampung dalam satu garisan lurus. - Agensi

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blogger news