Rusia Haramkan Yoga Kerana Pemujaan Agama



PIHAK berkuasa Rusia mengharamkan aktiviti senaman yoga kerana ianya dikatakan menyerupai ritual keagamaan Hindu.

Dilaporkan setakat ini dua buah studio yoga di daerah Nizhnevartovsk telah diberi surat amaran untuk mengolah semula operasi mereka selepas dipercayai mengajar kelas yoga jenis Hatha, satu jenis yoga yang popular di Eropah.

Menurut The Moscow Times, surat yang diterima itu mengarahkan mereka agar tidak lagi mengajar seni gerakan yoga yang menyamai dengan ritual keagamaan terbabit.

“Surat itu mengatakan Hatha yoga mempunyai persamaan dengan pergerakan keagamaan agama Hindu. Pihak berkuasa telah mengarah pemilik yoga itu untuk menghentikan kelas yoga jenis itu.

Seorang guru yoga, Inga Pimenova berkata semua orang terkejut dengan arahan terbaharu yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa terhadap pemilik yoga di negara mereka.

Menurut Inga, pihaknya akan lebih berhati-hati dalam mempratikkan ajaran yoga dalam kelasnya selepas ini seperti mana mengikut arahan yang termaktub oleh pihak berkuasa sana.

Mengikut kepercayaan Hindu, Hatha yoga diteraju oleh Shiva, salah satu dewa Hindu dan pergerakkan yoganya mengajar displin dalam melakukan gerakan senaman serta bacaan mantera. – MYNEWSHUB.CC

Ritual MaiNene - Ritual Menggali Semula Mayat


SEORANG lelaki merapikan rambut mayat seorang ahli keluarganya semasa upacara MaiNene yang diadakan di sebuah kampung di Toraja dalam wilayah Sulawesi Selatan, Indonesia pada bulan lalu.

TORAJA, Sulawesi Selatan - Satu ritual dinamakan MaiNene atau majlis merapikan mayat dilakukan oleh penduduk sebuah kampung di sini yang terletak di Sulawesi Selatan, Indonesia setiap tahun pada bulan Ogos.

Dalam upacara itu, penduduk kampung akan menggali semula kubur saudara-mara mereka dan mengheret keranda berisi mayat itu menuju ke tempat mereka meninggal dunia.

Menurut kepercayaan penduduk tempatan, walaupun anggota keluarga mereka telah meninggal dunia tetapi roh dan kenangan mendiang masih lagi wujud dan perlu dibersihkan.

Mayat-mayat itu akan dibawa pulang ke rumah sebelum mereka dimandikan dan dipakaikan dengan pakaian baharu sebelum dihias cantik.

Amalan tersebut turut melibatkan mayat kanak-kanak yang dipakaikan pakaian yang cantik dan diberikan anak patung mainan.

Keranda rosak yang menempatkan mayat-mayat pula akan ditukar atau dibaiki sebelum diarak sekeliling kampung dalam satu garisan lurus. - Agensi

Tradisi Biarkan Tangan Digigit Semut Bagi Menentukan Akil Baligh

Setiap suku dan etnik mempunyai tradisi sendiri yang unik dalam meraikan masa kedewasaan warganya. Salah satu yang teraneh adalah ritual yang dilakukan suku kaum Satere – Mawe, suku tradisional pedalaman Amazon, Brazil.

Menurut tradisi suku ini, seorang anak lelaki yang telah akil baligh harus melewati proses yang cukup meyakinkan untuk mengesahkannya sebagai seorang lelaki dewasa. Syaratnya, dia harus tahan dengan sengatan sekumpulan semut peluru.



Bagi anda yang belum tahu , semut peluru bukanlah semut biasa. Semut ini adalah semut yang paling ganas sengatannya di dunia. Kerana itulah namanya semut peluru, disengat semut ini sama seperti ditembak peluru dari sebuah pistol , seperti disiarkan OddityCentral.

Dalam upacara akil baligh ini , warga suku yang sudah dewasa akan meneroka hutan untuk mencari semut peluru. Kemudian, semut ini akan ditempatkan dalam sebuah bekas yang diperbuat daripada daun, seperti sarung tangan.








Dengan dikurung dalam sarung tangan seperti itu , semut peluru akan lebih ganas dan bersedia untuk menyengat . Saat itulah anak lelaki yang akan disahkan akil balihgnya memasukkan tangannya ke dalam daun berisi semut tersebut.

Selama 10 minit, si anak lelaki tersebut harus menahan sakitnya sengatan. Rasa sakitnya khabarnya sangat luar biasa, seperti memasukkan tangan dalam api. Namun , sakit tersebut belum belum pernah meragut nyawa lagi.



Rasa sakit yang sesungguhnya justru baru terasa saat tangan keluar dari gigitan sekumpulan semut itu. Ketika itu, sengatan semut peluru mula tersebar , serta dapat membuat tangan bengkak dan lumpuh sementara.

Ritual ini tidak dilaksanakan sekali, namun berkali -kali. Pada percubaan pertama biasanya anak tersebut akan menangis kesakitan, sehingga harus diulang lagi hingga dia tak lagi menangis. Saat itulah baru dia sah sebagai lelaki dewasa.

Anna Swan Memiliki Poen Terdalam Dalam Rekod Sejarah

Anna Swan adalah wanita yang hidup di antara tahun 1846 sehingga 1888 dan dilaporkan memiliki vagina terdalam dalam sejarah iaitu sedalam 37.5 cm.

Saiz ini adalah tidak menghairankan berdasarkan ukuran tubuhnya yang memang tergolong raksasa. Beliau memiliki tubuh hingga lebih dari dua meter, sehingga hampir kesemua anggota dan organnya berukuran besar termasuk organ intimnya.



Wanita ini mengalami pertumbuhan yang sangat cepat dan bahkan ia melahirkan bayi terbesar sepanjang sejarah iaitu dengan berat 11.8 kg dan panjang 86 cm.

Vagina merupakan organ seks wanita dan secara purata ukuran normalnya memiliki kedalaman sekitar 7 hingga 10 cm dan ketika terangsang memiliki kedalaman sedalam 12-17 cm.

Wanita tertua di dunia: Makan 100,000 biji telur rahsia wanita hidup 117 tahun




VERBANIA: Apakah rahsia seseorang panjang umur? 

Bagi Emma Morano, wanita tertua di dunia ketika ini yang berusia 117 tahun, makanan yangsimplekelihatan menjadi rahsia.

Emma satu-satunya manusia yang dilahirkan pada abad ke-19 kini berada di planet bumi.

“Saya hanya makan dua biji telur setiap hari dan juga biskut-biskut,” katanya kepada AFP.

Dia makan makanan tersebut selama lebih 90 tahun ketika usianya 20 tahun. Bermaksud, Emma telah makan lebih daripada 100,000 telur sepanjang hidupnya.

“Telur tersebut tidak digoreng ataupun dimasak. Saya hanya akan makan dua biji telur mentah setiap hari selama berdekad.

Sebiji telur mengandungi 75 kalori, dan antara lain 7 gm protein berkualiti tinggi dan 5 gm lemak.

“Tetapi saya tak banyak makan kerana saya tak ada gigi,” ujarnya.

“Selain itu, doktor juga ada memberitahu bahawa tabiat makan tersebut membantu penyakit anemia saya,”tambahnya.

Dilahirkan pada tahun 1899, Emma memegang gelaran tersebut setelah kematian Susannah Mushatt Jones. Tambah beliau lagi, antara penyebab utama dia panjang umur adalah kerana tidak dikuasai oleh sesiapa.

“Saya bercerai dengan bekas suami saya ketika berumur lewat 30-an, sejak itu saya bebas dan tidak dikongkong oleh orang lain,” katanya. 

Wanita paling lama hidup ialah Jeanne Calment (1875-1997) dari Perancis yang meninggal dunia pada usia 122 tahun, 164 hari.

Manakala lelaki paling tua pula ialah Joroemon Kimura (1897-2013) dari Jepun yang meninggal dunia pada usia 116 tahun, 54 hari. – Sarawakvoice
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blogger news