Pelajar kolej swasta tawar khidmat pelacuran



GEORGETOWN - Aktiviti tidak bermoral oleh tujuh wanita warga asing sejak sebulan lalu akhirnya terbongkar apabila Jabatan Imigresen negeri menyerbu sebuah hotel murah di Jalan Transfer malam kelmarin.

Penolong Pengarah Jabatan Imigresen negeri, Abdul Rahman Hassan berkata, ketika serbuan, dua daripadanya cuba melarikan diri namun gagal kerana anggota Jabatan Imigresen sudah mengepung laluan keluar hotel berkenaan.

“Ketika serbuan, ada beberapa daripada wanita berkenaan sedang leka melanggan pelanggan di dalam bilik yang disediakan di hotel bajet itu. Kita berjaya menahan lima wanita Nigeria dan dua dari Uganda yang disyaki menjalankan kegiatan perkhidmatan seks.

“Hasil siasatan, kita dapati kesemua wanita berkenaan mempunyai pas pelajar di kolej swasta sekitar Lembah Klang dan kita masih belum mengesahkan pasport mereka. Namun, siasatan lanjut akan dibuat,” katanya kepada media kelmarin.

Menurutnya, sindiket didalangi orang tempatan.

Abdul Rahman berkata, kesemua yang ditahan di bawah Seksyen 6(3) Akta Imigresen 1959/63, Seksyen 15(4) Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan 39(b)Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Warga Asing tawar seks secara terbuka

KUANTAN – Aktiviti pelacuran dalam kalangan warga asing didakwa giat dijalankan di bandar ini dan beroperasi tanpa mengira waktu, sama ada siang atau malam.

Sinar Harian cuba mendapatkan kepastian mengenai kegiatan itu yang didedahkan seorang pengguna Facebook menerusi statusnya hingga dikongsi di beberapa laman sosial lain.

Tinjauan dan pertemuan dengan beberapa individu selama tiga jam di Jalan Pasar mendapati dakwaan itu berasas apabila kegiatan tidak bermoral membabitkan warga asing itu sememangnya wujud.

Beberapa wanita dilihat duduk di tangga bersebelahan premis perniagaan di sini untuk menunggu pelanggan berusia dalam lingkungan usia 20 hingga 40 tahun.

Malah, kelihatan beberapa lelaki yang melalui kawasan itu menghampiri wanita-wanita terbabit sambil menunjukkan isyarat tangan sebagai tanda menawarkan harga bagi perkhidmatan mereka.

Meskipun dipenuhi pengunjung yang datang membeli belah, tiada siapa menghiraukan, malah mungkin ada tidak menyedari aktiviti itu.

Seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Mat, 57, mendakwa, kawasan itu sudah lama menjadi sarang pelacuran.

“Saya tidak pasti berapa lama kegiatan ini beroperasi tetapi ia disedari sejak dua bulan lalu apabila gelagat individu dalam keadaan mencurigakan di sekitar premis perniagaan di kawasan terbabit.

“Saya pernah menghampiri kawasan itu dan cuba tawar-menawar harga dengan wanita-wanita di tangga premis di situ dan mereka bersetuju dengan harga saya tetapkan,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Menurutnya, setiap perkhidmatan ditawarkan berbeza, iaitu sekitar RM30 hingga RM1,000 mengikut perkhidmatan dan wanita yang pelanggan mahukan.

“Kalau pelanggan muda dan baharu harga dikenakan melebihi RM1,000. Jadi semua perkhidmatan akan diberikan berdasarkan permintaan pelanggan.

“Saya banyak dengar cerita daripada kawan-kawan yang pernah langgan dan biasanya mereka akan bersetuju dengan harga ditawarkan.

“Kebiasaannya, setiap kali cuti umum aktiviti ini akan tidak terkawal dan kebanyakan pelanggan yang datang melanggan pelacur ini adalah warga asing,” katanya.

Mat berkata, dia mahu pihak berkuasa membuat pemeriksaan dan pemantauan di premis perniagaan terbabit bagi membongkar aktiviti itu.

“Kita tidak mahu bandar Kuantan dicemari dengan aktiviti yang tidak sihat ini dan ia perlu dikawal segera,” katanya.

Sementara itu, peniaga yang hanya mahu dikenali sebagai Dik, 38, memberitahu aktiviti tidak bermoral itu seolah-oleh tiada kawalan kerana sentiasa ada wanita dan lelaki dilihat memberikan isyarat tangan untuk berjumpa.

Katanya, sepanjang lebih setahun lalu, dia tidak pernah melihat serbuan dilakukan di premis terbabit.

“Mungkin tiada aduan diterima pihak berkuasa, namun Namun apa yang pasti, aktiviti pelacuran di kawasan ini bagaikan pesta yang dipelopori oleh warga asing yang bekerja di sini,” katanya.

Menurutnya, kegiatan tidak bermoral itu dapat dilihat secara terang-terangan.

“Kita boleh dengar dengan jelas perkhidmatan yang mereka tawarkan terutamanya kalau pelanggan baharu. Jika pelanggan lama biasanya mereka hanya menggunakan isyarat tangan bagi menentukan harga.

“Kalau mereka setuju dengan isyarat tangan yang diberikan, wanita berkenaan akan membawa lelaki naik ke premis mereka,” katanya.

Tak menyesal bunuh ibu, ayah


BUENOS AIRES - ARGENTINA. Pasangan adik beradik tiri mengaku bersalah membunuh serta membakar kedua ibu-bapa mereka.

Leadra Acosta, 25, dan Karen Klein, 22, yang dilaporkan mempunyai hubungan percintaan mengaku bersalah menembak dan membunuh ibu, Miryam Kowalczuk dan bapa mereka, Ricardo Klein kerana didakwa mendera dua adik kembar mereka yang berusia 11 tahun.

Jenayah kejam itu terbongkar selepas menerima laporan daripada saudara mereka yang pelik dengan tingkah laku kedua beradik itu yang enggan membenarkannya masuk ke rumah ketika berkunjung ke kediaman mangsa.

Hasil siasatan, polis menjumpai tulang pinggul Miryam di dalam baldi di rumah mereka di Pilar, pinggir bandar Buenos Aires.

Pasangan adik beradik itu juga dilaporkan turut mengerat beberapa bahagian badan ibu bapa mereka dan sebahagian anggota badan diberikan kepada anjing peliharaan mereka sementara sebahagian yang lain dibakar.

Malah, Acosta turut dilaporkan memakan cebisan daging ayah tirinya itu.

Sementara itu, Klein berkata, Acosta menembak mati ayah mereka ketika tidur manakala ibunya pula ditembak di kepala ketika sedang berjalan keluar dari bilik.

Pasangan itu dilaporkan melakukan perbuatan itu ketika adik mereka berada di sekolah.

Peguam bela Acosta, Monica Chirivin berkata, anak guamnya itu tidak menyesal melakukan perkara demikian malah berasa lega beban yang terpaksa ditanggung akibat sering didera oleh ibu-bapa mereka sejak dari zaman kanak-kanak akhirnya terlerai.

4 wanita dakwa dirogol bintang Korea

SEOUL - KOREA SELATAN. Dua wanita tampil mendakwa dirogol bintang Korea Park Yoo Chun menjadikan jumlah keseluruhan yang membuat laporan terhadap ahli kumpulan JYJ itu kepada empat.

Inquirer.net memetik polis Korea berkata, Jumaat lalu seorang wanita mendakwa Park, 30, telah merogolnya dalam tandas pusat karaoke pada bulan Februari 2015 manakala seorang lagi mendakwa dia dirogol dalam bilik mandi di rumahnya pada Jun 2014.

Kes terbaharu dilaporkan selepas seorang wanita membuat laporan polis pada 10 Jun lalu menuduh Park melakukan serangan seksual awal bulan ini di tandas di sebuah bar dimana dia bekerja.

Bagaimanapun, wanita itu mengugurkan dakwaan dan polis berkata, pihakanya akan terus menyiasat dakwaan tersebut.

Dalam undang-undang Korea, tertuduh masih boleh menghadapi tuduhan jenayah walaupun aduan telah ditarik balik.

Sementara itu, seorang wanita lain memberitahu polis, laporan oleh wanita pertama telah memberikan keberanian untuknya tampil mendedahkan Park menyerangnya pada 12 Jun di dalam tandas di bar Gangnam dimana dia bekerja.

Park yang juga merupakan seorang pelakon popular di negara-negara Asia terutamnya di Jepun dan China.

Wakil dari agensi Park, C-Jes Entertainment bersama ahli kumpulan yang lain mengatakan mereka bersedia membuat tindakan undang-undang kerana menfitnah jika tuduhan dibuktikan adalah palsu.

Ketagih makan bedak selepas bersalin

WIGHT - BRITAIN. Seorang wanita mengaku ketagih bedak talkum selepas melahirkan anak pertamanya.
Laporan Dailymail mengatakan Lizzie Foster, 25, sudah 'menelan' hampir satu tan bedak talkum.
"Saya makan bedak talkum hampir sepanjang masa. Saya makan bedak ketika sarapan dan ketika menonton televisyen," kata Lizzie.
Katanya, dia terpaksa membelanjakan RM4,752.04 untuk memuaskan ketagihannya tersebut.
"Ada pakar memberitahu ketagihan ketika mengandung berlaku disebabkan kekurangan vitamin D atau zat besi.
"Saya juga tidak bimbang mengenai sebarang komplikasi ketika mengandungkan anak pertama, Ruby.  Saya muda dan lurus ketika itu," jelas Lizzie.
Difahamkan, ketagihan pelik Lizzie adalah disebabkan penyakit Pica, iaitu suatu 'eating disorder'.
Pica menyebabkan penghidapnya mahu memakan benda yang tidak mempunyai khasiat atau nutrien.

Sebahagian manusia dan sebahagian lagi babi


LONDON, 7 Jun — Ahli-ahli sains yang cuba menghasilkan organ manusia di dalam babi — bagi mengatasi masalah kurang penderma organ — berjaya mencipta embrio (benih anak) “sebahagian manusia dan sebahagian lagi babi”.

Penyelidik di Universiti California di Davis menggabungkan sel stem manusia dengan DNA babi.

Mereka menunggu tempoh matang embrio selama 28 hari sebelum ujikaji dihentikan untuk menganalisis tisu yang terhasil, lapor The Guardian semalam.

Mereka percaya babi itu, yang mempunyai organ manusia, kelihatan dan berkelakuan seperti babi lain. Namun organ itu boleh digunakan untuk menyelamat manusia melalui pemindahan.

Untuk mencipta embrio “macam chimera” — makhluk mitos berkepala singa tetapi berbadan kambing dengan ekor ular — ahli-ahli sains menggunakan teknik mengedit gen yang dipanggil Crispr, dengan menyingkirkan sebahagian DNA babi agar embrio itu membina pankreas yang dihajati.

Sel stem iPS (induced pluripotent) kemudian disuntik ke dalam embrio babi. Sel-sel ini berpotensi membentuk apa sahaja jenis tisu janin.

Walau dari segi gen ia dianggap asing, embrio babi tidak menolaknya kerana sistem pertahanan badannya belum terbentuk.

Bagaimanapun, September lalu, Institut Kesihatan Kebangsaan Amerika Syarikat tidak menyokong usaha melahirkan “chimera”. Ia mahu mengetahui kesan lanjut kajian tersebut.

Institut berkenaan bimbang sel manusia di dalam babi akan mengganggu otak dan kelakuan haiwan itu, berpotensi “menjadikan ia lebih manusiawi”.

Profesor Pablo Ross, ahli biologi yang mengetuai kajian Universiti California itu, bagaimanapun berkata potensi perkembangan otak manusia di dalam babi sangat rendah.

“Harapan kami embrio babi ini akan membesar macam biasa tetapi pankreas dihasilkan khas daripada sel manusia dan mungkin serasi dengan pesakit untuk pemindahan [organ],” beliau dilaporkan berkata.

Walau usaha sains membina “chimera” sudah wujud sejak beberapa dekad lalu, pendekatan ini tetap mempunyai masalahnya.

“Terdapat jenis-jenis sel lain hadir dalam pankreas yang terbentuk daripada babi — termasuklah saluran darah,” kata Robin Lovell-Badge, seorang pakar gen di Institut Francis Crick di London.

“Masalah itu memang besar dan ia akan ditolak oleh [badan] manusia.”

Ada juga kemungkinan permukaan sel manusia boleh berubah di dalam embrio babi, menjadikan organ ciptaan itu ditolak badan manusia, lapor The Guardian lagi.

Pakar juga bimbang pemindahan organ daripada haiwan ke dalam manusia membawa bersama virus binatang ke dalam badan.

Penyelidik di Sekolah Perubatan Harvard bagaimanapun mendedahkan, tahun lalu, teknologi mengedit gen mungkin boleh mematikan 60 gen retrovirus di dalam babi untuk pemindahan organ. SUMBER
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blogger news