Perompak minta maaf kena tangkap

Winnipeg: Seorang mangsa cubaan merompak terkejut apabila lelaki yang cuba merompaknya kembali ke tempat kejadian untuk meminta maaf atas apa yang dilakukannya.

Satnam Singh yang bekerja di sebuah stesen minyak di Winnipeg dihampiri seorang lelaki di kaunter juruwang.

Lelaki berkenaan mengarah Satnam menyerahkan wang kepadanya dalam kejadian Rabu lalu. Apabila suspek berusia 44 tahun itu menyedari dia tidak akan mendapat apa-apa, dia meninggalkan stesen minyak berkenaan.

Singh kemudian menghubungi polis tetapi ketika pihak berkuasa berada di stesen minyak itu, mereka dikejutkan dengan kehadiran suspek. “Saya minta maaf. Saya perlukan wang sebab itu saya cuba merompak,” katanya kepada Singh.

Singh bagaimanapun, tidak melayan perompak itu sebaliknya menarik perhatian pihak berkuasa.

“Saya tidak mempedulikan kata-katanya. Saya terus membuka pintu kedai seluas-luasnya dan melambaikan tangan ke arah polis,” katanya. Suspek kemudian ditahan polis untuk siasatan lanjut. - harianmetro

1 comments:

  1. Menangkan Jutaan Rupiah dan Dapatkan Jackpot Hingga Puluhan Juta Dengan Bermain di www(.)SmsQQ(.)com

    Kelebihan dari Agen Judi Online SmsQQ :
    -Situs Aman dan Terpercaya.
    - Minimal Deposit Hanya Rp.10.000
    - Proses Setor Dana & Tarik Dana Akan Diproses Dengan Cepat (Jika Tidak Ada Gangguan).
    - Bonus Turnover 0.3%-0.5% (Disetiap Harinya)
    - Bonus Refferal 20% (Seumur Hidup)
    -Pelayanan Ramah dan Sopan.Customer Service Online 24 Jam.
    - 4 Bank Lokal Tersedia : BCA-MANDIRI-BNI-BRI

    8 Permainan Dalam 1 ID :
    Poker - BandarQ - DominoQQ - Capsa Susun - AduQ - Sakong - Bandar Poker - Bandar66

    Info Lebih Lanjut Hubungi Kami di :
    BBM: 2AD05265
    WA: +855968010699
    Skype: smsqqcom@gmail.com

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blogger news