Bekas aktres porno promosi novel

SAO PAULO: Bekas bintang filem lucah Amerika Syarikat, Sasha Grey, bercita-cita membuka laluan baru dalam pembikinan novel bertujuan mengukuhkan lagi emansipasi wanita. Grey, 25, berada di sini untuk mempromosi buku erotik pertamanya berjudul 'The Juliette Society.' 

Dia disambut kira-kira 1,000 peminat ketika melancarkan bukunya dan menyatakan harapan dapat mengikut jejak langkah penulis Britain, E.L James yang mendapat sambutan hebat menerusi buku '50 Shades of Grey.' Studio 20th Century Fox sudahpun menawarkan untuk membeli hak menyiarkannya ke layar perak. 'The Juliette Society' mengisahkan watak Catherine, seorang pelajar filem yang terbabit dalam hubungan asmara di kalangan ahli sebuah kelab orang berpengaruh. 

Ahlinya yang membabitkan kalangan pegawai bank, pemilik media, penyeludup senjata, bekas pegawai tentera dan pemimpin Kristian terbabit dalam hubungan seks rambang di kalangan mereka. “Catherine tahu bagaimana mengawal keadaan dan memegang kuasa," kata Grey yang nama sebenarnya ialah Marina Ann Hantzis dari California. 
“Seperti juga Catherine, saya suka berangan-angan mengenai detik asmara," katanya yang menyifatkan penulisan membabitkan sesuatu yang lebih kreatif berbanding filem lucah. 

Grey yang setinggi 1.70 meter dan berambut hitam, mula menceburi filem lucah di Los Angeles sebaik berusia 18 tahun. Dia mulanya mahu menggunakan nama Anna Karina, seorang aktres Perancis sebelum menggunakan namanya sekarang. Pada 2011, Grey bersara daripada bidang filem lucah atas alasan sudah mencapai semua yang dihajatinya sebelum membuka syarikat produksi sendiri tetapi ia meneui kegagalan. - AFP

1 comments:

  1. Menangkan Jutaan Rupiah dan Dapatkan Jackpot Hingga Puluhan Juta Dengan Bermain di www(.)SmsQQ(.)com

    Kelebihan dari Agen Judi Online SmsQQ :
    -Situs Aman dan Terpercaya.
    - Minimal Deposit Hanya Rp.10.000
    - Proses Setor Dana & Tarik Dana Akan Diproses Dengan Cepat (Jika Tidak Ada Gangguan).
    - Bonus Turnover 0.3%-0.5% (Disetiap Harinya)
    - Bonus Refferal 20% (Seumur Hidup)
    -Pelayanan Ramah dan Sopan.Customer Service Online 24 Jam.
    - 4 Bank Lokal Tersedia : BCA-MANDIRI-BNI-BRI

    8 Permainan Dalam 1 ID :
    Poker - BandarQ - DominoQQ - Capsa Susun - AduQ - Sakong - Bandar Poker - Bandar66

    Info Lebih Lanjut Hubungi Kami di :
    BBM: 2AD05265
    WA: +855968010699
    Skype: smsqqcom@gmail.com

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blogger news