27 kanak-kanak mangsa culik kenalan Facebook

Jakarta: Seramai 27 daripada 129 kanak-kanak yang dilaporkan hilang kepada Suruhanjaya Perlindungan Kanak-Kanak Kebangsaan (KOMNAS PA) dipercayai diculik selepas bertemu penjenayah menerusi Facebook, kata pengerusi kumpulan itu, Arist Merdeka Sirait.

Salah seorang daripada mereka berkenalan dengan penculik menerusi laman web sosial itu ditemui mati manakala ada sekurang-kurangnya tujuh laporan penculikan gadis oleh lelaki yang mereka temui di Facebook.

Walaupun tiada data kukuh, polis dan kumpulan bantuan yang bertanggungjawab menangani isu penyeludupan manusia berkata ia menjadi masalah besar di negara itu.

Mungkin Indonesia adalah negara yang unik. Sebaik laporan mula diterima, anda akan tahu ia memang berlaku di banyak negara. Internet adalah antara medium global. Ia tidak membezakan antara kaya dan miskin. Ia tidak membezakan antara ekonomi atau budaya negara, kata pegawai program yang bertanggungjawab ke atas isu perlindungan kanak-kanak online, Anjan Bose.

Laman web yang mengesan media sosial berkata, Indonesia mempunyai hampir 50 juta penduduk yang mempunyai akaun Facebook dan menjadi antara negara paling ramai pengguna selepas Amerika Syarikat.

Ramai golongan muda Indonesia, dan ibu bapa mereka tidak sedar mengenai bahaya membenarkan orang asing melihat maklumat peribadi secara online. Remaja kerap menyiarkan gambar dan maklumat peribadi seperti alamat rumah, nombor telefon, sekolah dan tempat yang kerap dikunjungi tanpa menggunakan penetapan peribadi, membolehkan sesiapa saja menemui mereka dan mengetahui segala-galanya mengenai mereka.

Kita bergelut dengan masa dan kegilaan teknologi mengenai Facebook menjadi aliran di kalangan remaja di sini. Polis perlu bertindak pantas atau lebih ramai remaja perempuan akan menjadi mangsa, kata Sirait. 


SUMBER - Agensi

Wanita Jepun memilih memakai lampin elak ke tandas

Menurut laporan sebuah artikel “The Ultimate Form of Slob” oleh SPA Magazine lampin dewasa semakin popular di kalangan wanita Jepun yang mengatakan bahawa mereka dapat menjimatkan banyak masa apabila memakai lampin daripada membuang masa untuk ke tandas.



Pemuda yang dibelasah kes ragut meninggal dunia

Seorang pemuda yang cedera akibat dipukul sekumpulan lelaki minggu lalu kerana disangka terlibat dalam satu kejadian ragut sebelum itu, meninggal dunia di Hospital Sultan Abdul Halim di Sungai Petani pagi tadi.

Ku Ameerul Arshad Ku Salim, 20, yang dirawat di Unit Rawatan Rapi hospital berkenaan sejak kejadian itu Isnin minggu lalu kerana mengalami kecederaan parah di kepala serta koma, meninggal kira-kira 9.40 pagi.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Supt Ong Aik Chang berkata lapan lelaki berusia antara 20 hingga 30 tahun yang disyaki terbabit dalam kejadian itu telah direman bagi membantu siasatan.

"Empat daripada mereka ditahan sehari selepas kejadian manakala empat lagi ditahan di sekitar bandar Sungai Petani pagi tadi.

"Kes sebelum ini disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan namun selepas kematian mangsa, kes akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya.

Dalam kejadian kira-kira 4 pagi itu, mangsa dikatakan pergi ke rumah rakannya di Taman Ria di sini apabila diserang sekumpulan lelaki.

Menurut bapanya, Ku Salim Ku Long, 58, terdapat lima lagi rakannya di rumah berkenaan semasa kejadian.

"Sewaktu mereka sedang berehat, sekumpulan lelaki datang dan memecahkan pintu rumah sebelum memukul anak saya serta rakan-rakannya yang ada di dalam rumah itu.

"Anak saya sempat melarikan diri namun dia terjatuh ke dalam longkang. Dia kemudiannya dikejar dan dibelasah kumpulan lelaki terbabit," katanya.

-Bernama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blogger news