Batu 'terapung' di India

BATU gergasi dikenali sebagai Krishna's Butter Ball merupakan satu fenomena unik yang boleh ditemui di bandar Mahabalipuram di selatan India.

Menurut Amusing Planet, batu yang mempunyai ukuran ketinggian melebihi 10 meter dengan diameter melebihi lima meter ini terletak di lereng sebuah bukit dan menjadi tarikan bagi penduduk dan pelancong asing.

Jika dilihat pada mata kasar, batu gergasi ini sudah pasti bergolek ke bawah namun ia tetap kekal pada kedudukan asal selama ratusan tahun.

Masyarakat tempatan percaya batu tersebut dihasilkan daripada mentega, namun ada juga yang menganggap batu berkenaan dihasilkan oleh makhluk asing.

Apa pun, batu yang turut dikenali sebagai Vaan Irai Kal oleh penduduk tempatan ini benar-benar satu fenomena alam yang menakjubkan. -

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blogger news