Pertandingan Selfie Bulu Ketiak Tarik Perhatian Netizens (7 GAMBAR)

SINGAPURA: Satu pertandingan secara dalam talian yang meminta wanita di China memuat naik gambar bulu ketiak mereka menimbulkan pelbagai persepsi dan perdebatan hangat mengenai kecantikan wanita.

Pertandingan melalui laman Weibo yang bermula pada pada 26 Mei lalu dan berakhir pada 26 Jun ini terbuka untuk wanita sahaja.

Walaupun menerima maklum balas yang kurang menggalakkan iaitu sekitar 40 penyertaan, hashtag #WomensArmpitHairCompetition itu bagaimanapun menarik minat lebih daripada 1.3 juta netizens yang mengemukakan pandangan masing-masing mengenai topik berkenaan.

Xiao Meili, aktivis hak asasi wanita yang melancarkan peraduan itu menegaskan dalam satu temu bual telefon dengan New York Times bahawa dia tidak menggalakkan wanita untuk membiarkan bulu tumbuh di ketiak mereka.

Namun beliau sebaliknya mahu masyarakat mengelak daripada membuat tafsiran sendiri bagi mereka yang memilih untuk tidak bercukur.

"Lelaki mempunyai lebih banyak kebebasan dari segi apa yang perlu dilakukan dengan tubuh mereka. Jadi kita tidak harus berfikir perempuan yang mempunyai bulu di ketiak adalah menjijikkan, tidak bersih atau tidak cukup feminin," tambah beliau.

Xiao mendakwa amalan mencukur bulu ketiak adalah satu konsep yang agak baru di China kerana baru sahaja dipopularkan sekitar 1990an.








0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blogger news