Model Ukraine enggan digelar ‘Barbie manusia’ (7 GAMBAR)

KIEV 9 Jun – Wanita Ukraine, Valeria Lukyanova yang terkenal dengan nama jolokan ‘Barbie manusia’ ke­rana memiliki penampilan seperti patung kanak-kanak itu, mengakui gelaran tersebut seolah-olah menghina dirinya.

Model itu sebaliknya berkata, dia tidak pernah meniru gaya patung popular tersebut, tetapi terpaksa menerima sahaja hakikat dipanggil sedemikian selama lebih tiga tahun oleh para peminatnya.

Lukyanova yang perlu menghabiskan lebih sejam untuk solekan muka dan rambut setiap hari itu juga mendedahkan, dia tidak pernah menyuntik botox, tetapi mahu mengalami proses penuaan secara semulajadi.

“Gelaran itu merendahkan martabat dan menghina saya, namun imej itu adalah kehendak para peminat saya. Jadi, saya terpaksa walaupun tidak suka. Saya tidak suka orang ingat saya meniru gaya patung,” katanya dalam temuramah dengan majalah Cosmopolitan baru-baru ini.

Lukyanova menimbulkan kontroversi baru-baru ini apabila mendedahkan kepada umum ada gambar-gambarnya diedit sendiri menggunakan perisian Adobe Photoshop supaya dia kelihatan lebih menarik dan nampak semulajadi.

Gadis berambut perang itu berkata, dia sedang cuba mengubah imejnya daripada ‘Barbie manusia’ kepada perwatakan yang lebih normal, selain mendalami ilmu kerohanian dan menukar namanya kepada Amatue.

“Lukyanova adalah nama duniawi saya. Orang ramai tidak tahu tentang diri saya yang sebenar. Hanya yang rapat (dengan saya) sahaja mengenali saya dengan gelaran Amatue termasuk suami saya,” katanya.







0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blogger news