Petani Di China gergaji kaki sendiri kerana miskin (18+)

HEBEI - CHINA. Seorang petani di China memotong sendiri kakinya yang telah dijangkiti kerana tidak mampu menampung rawatan di hospital.

Jangkitan kaki Zheng Yanliang dari provinsi Hebei di utara China itu bermula tahun lalu sehingga dia berdepan kegagalan aliran darah.

Ketika menemui doktor sebelum itu, Zheng, 47 tahun mula sedar bahawa dia bakal kehilangan kaki apabila doktor memberitahu dia perlu menjalani pembedahan.

“Saya bertanya berapa kos pembedahan tersebut dan doktor memberitahu satu kaki mencecah RM 162,000 dan lebih RM 541,000 bagi kedua-dua kaki.

“Saya tak mampu. Saya hanya ada RM 10,000,” katanya yang dipetik dari BBC.

Kes Zheng ini menunjukkan kelemahan dalam sistem penjagaan kesihatan China terutamanya bagi mereka yang tinggal di luar bandar.

Mereka dilindungi bagi beberapa rawatan perubatan di bawah skim insurans kesihatan luar bandar kerajaan tetapi mereka terpaksa membayar kos pendahuluan dan hanya boleh menuntut kembali sebahagian daripada kos tersebut.

“Saya terbaring di tempat tidur lebih daripada tiga bulan. Kaki saya bertukar hitam. Kulit dan daging semua jadi hitam. “Ada ulat dalam daging. Saya boleh nampak tulang kaki kanan saya. Setiap kali tengok, saya rasa sakit,” katanya.

Jelasnya, perkara itu dilakukan tanpa persetujuan isterinya. “Saya memberitahu isteri bahawa saya mahu memotong kaki saya menggunakan gergaji dan dia tidak gembira dengan perkara itu lalu kami bertengkar sebelum dia keluar dari rumah.

“Saya jumpa gergaji besi di bawah tempat tidur dan pisau kecil...saya terus gergaji kaki dan ia ambil masa 20 minit,” katanya.






0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blogger news