Mangsa rogol beramai-ramai meninggal

Singapura: Mangsa rogol beramai-ramai dari India yang menerima rawatan intensif di Singapura meninggal dunia akibat kecederaan dan kegagalan fungsi organ, di sebuah hospital di republik ini awal pagi semalam.

“Kami dengan rasa amat dukacita mengumumkan bahawa pesakit meninggal dunia dengan tenang kira-kira jam 4.45 pagi waktu tempatan pada 29 Disember. Keluarga dan pihak berkuasa dari Pesuruhjaya Tinggi India berada di sisinya ketika beliau menghembuskan nafas terakhir,” kata Ketua Eksekutif Hospital Mount Elizabeth Kelvin Loh, dalam satu kenyataan.

Kes berkenaan mendapat liputan penuh stesen televisyen India. Wanita itu tidak didedahkan identitinya namun beberapa saluran media India menggelarnya sebagai ‘Amana’, perkataan Urdu bermaksud ‘abadi.’

“Kami amat sedih selepas mendapat tahu mangsa tidak dapat diselamatkan akibat kecederaannya dan mengucapkan takziah kepada keluarganya ketika keadaan dukacita ini,” kata Kementerian Luar Singapura dalam satu kenyataan.

Hospital berkenaan sebelum ini melaporkan bahawa keadaan wanita itu semakin tenat manakala keluarganya sudah dimaklumkan dan sentiasa berada di sisinya.

Pesuruhjaya Tinggi India Singapura, TCA Raghavan, berkata selepas kematian anak mereka, keluarga itu melahirkan hasrat supaya mayatnya diterbangkan semula ke India.

Tidak lama kemudian mayat wanita pelajar berkenaan dimasukkan ke dalam sebuah van dan dibawa pergi.

Bercakap kepada media sebelum itu, Raghavan enggan mengulas laporan di India yang menuduh kerajaan menghantar mangsa ke Singapura untuk meredakan kecaman jika mangsa meninggal dunia.

Kebanyakan kes rogol dan jenayah seks lain di India tidak dilaporkan dan pesalah jarang dihukum, kata aktivis hak asasi wanita. Namun kekejaman serangan 16 Disember lalu mencetuskan kemarahan awam dan gesaan hukuman lebih keras ke atas perogol.

Sebilangan pakar perubatan India pula mempersoalkan keputusan memindahkan mangsa ke Singapura dan menyifatkannya sebagai tindakan berisiko berikutan keadaannya yang kritikal. Mereka berkata mangsa sudah menerima penjagaan terbaik di India. - REUTERS


SUMBER - Berita Harian

Mengenal Planet Utarid


Utarid adalah planet yang paling hampir dengan matahari, kira-kira 57.9 juta kilometer dan planet terkecil di dalam sistem suria. Diameter Utarid adalah 40% lebih kecil daripada Bumi, dan 40% lebih besar daripada Bulan. Malahan saiznya juga lebih kecil daripada bulan Musytari, Ganymede dan bulan Zuhal, Titan.

Permukaan di Utarid adalah lebih kurang sama dengan permukaan Bulan contohnya kawah-kawah asteroid dan tebing yang puluhan kilometer tinggi. Di permukaan Utarid, matahari kelihatan dua setengah kali ganda lebih daripada saiznya di Bumi. Namun, disebabkan ketiadaan atmosfera, cahaya tidak dapat diserakkan. Akibatnya, langit kelihatan gelap seperti di angkasa lepas. Di permukaan Utarid juga, Zuhrah dan Bumi kelihatan seperti bintang yang sangat cerah. Tidak banyak diketahui mengenai planet ini,kapal angkasa yang pertama daripada dua buah kapal yang mendekati planet Utarid adalah Mariner 10 dari tahun 1974 hingga 1975, yang hanya memetakan 45% daripada permukaan planet. Kapal angkasa yang kedua adalah kepal angkasa MESSENGER, yang memetakan lagi 30% permukaan planet semasa penerbangannya pada 14 Januari, 2008. MESSENGER akan membuat dua laluan lagi mengelilingi planet Utarid, diikuti dengan penyertaan orbit pada tahun 2011, dan akan meninjau dan memetakan seluruh planet berkenaan.

Khasiat bawang putih

Manfaat bawang putih atau nama botaninya Allium Sativum terhadap kesihatan telah diperakui sejak berabad-abad lamanya, tetapi kini para penyelidik mungkin telah menemui sekurang-kurangnya satu sebab mengapa.

Satu kajian baru menunjukkan sebatian yang diproses sel-sel darah merah dari bawang putih dihadamkan dan bertukar sebagai sel hidrogen sulfida (H2S), yang melegakan saluran darah dan meningkatkan aliran darah. Oleh itu, pengambilan bawang putih boleh meningkatkan bekalan semula jadi kimia penting dan berperanan dalam mengurangkan risiko penyakit jantung.

Dalam kajian yang pernah dibuat sebelum ini menunjukkan pelbagai keputusan yang berbeza mengenai khasiat bawang putih. Sebagai contoh, beberapa kajian telah menemui beberapa manfaat, tetapi dalam satu kajian berasingan pula menunjukkan khasiatnya untuk mengurangkan risiko penyakit jantung.

Tetapi para penyelidik menyatakan jika kajian selanjutnya mengesahkan penemuan bahawa bawang putih berupaya untuk menghasilkan hydrogen sulfida yang boleh memberi manfaat kesihatan untuk tubuh badan.

Dalam kajian itu, penyelidik Benavides Gloria dari Universiti Alabama di Birmingham, dan rakan-rakannya menganalisis kesan jus yang diekstrak daripada bawang putih pada sel darah merah manusia di dalam makmal.

Mereka mendapati sel-sel darah merah dengan serta-merta mula menghasilkan hidrogen sulfida selepas mendapat dos kecil bawang putih. Jumlah bawang putih yang diuji di makmal adalah lebih kurang sama dengan dua ulas bawang putih untuk orang dewasa biasa.

Ujian selanjutnya menunjukkan tindak balas kimia utama yang berlaku pada membran sel-sel darah merah, tetapi sejumlah kecil hidrogen sulfida juga dihasilkan dalam sel.

Beberapa tumbuhan selain daripada bawang putih mengandungi blok binaan hidrogen sulfida untuk memberi manfaat kesihatan, dan para penyelidik mengatakan bawang putih adalah satu-satunya bahan yang biasa digunakan dalam diet manusia.

SUMBER yahoo.com.my

Wanita Bunuh Diri Akibat Kerap Masturbasi

Ini adalah kisah benar mengenai wanita bernama Gretchen Molannen, 39 dari Amerika Syarikat yang menderita penyakit masalah rangsangan seksual secara berterusan atau Persistent Genital Arousal Disorder (PGAD).

Dia mengalami rangsangan yang sebenarnya tidak memberikan nikmat kerana berlaku sepanjang masa. Hanya badan yang terangsang, tetapi psikologinya tidak.

Gretchen pernah klimaks sebanyak 50 kali secara berterusan.

Keadaan itu menjadi beban dan penyiksaan ke atas dirinya.

Salah satu cara untuk mengatasi masalah itu ialah dengan melakukan masturbasi atau melancap selama beberapa jam sehari, adakalanya sehingga puluhan kali sehari.

Perbuatan itu menyebabkan dia lebih banyak menghabiskan masa di bilik air tempat berkerja dari melakukan kerja sebenar. Akhirnya dia terpaksa berhenti kerja.

Namun itu juga bukan jalan keluar bagi dirinya. Masalah PGAD tidak pernah reda. Dia secara berterusan terangsang.

Jalan keluar yang ditemui Gretchen adalah dengan membunuh dirinya!

Yea…selama 16 tahun dia tertekan dengan keadaan fisiologi dirinya sehingga dia mengambil keputusan untuk mencari jalan keluar dengan menamatkan riwayatnya minggu lalu.

Ia berlaku sehari selepas kisah PGAD dirinya disiarkan secara online oleh sebuah media, Tampa Bay Times.

Dia menangis ketika menceritakan beban sakitnya itu.

Dia juga berharap, pendedahan yang dilakukannya itu akan merintas jalan kepada lebih banyak kajian dilakukan terhadap PGAD kerana dia yakin ramai wanita yang tidak memahami penyakit berkenaan dan menderita dalam senyap.

Gretchen juga berharap agar masyarakat terutama kaum lelaki akan lebih memahami permasalah itu jika mereka bertemu teman yang mempunyai masalah demikian.

“Lelaki tidak faham masalah ini,” katanya dalam temuramah berkenaan.

SUMBER mynewstoday
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blogger news