Remaja 19 tahun dari Puerto Rico dinobatkan Ratu Cantik Dunia 2016!

Usia, rupa dan bentuk tubuh tidak menjamin seseorang peserta itu meraih gelaran ratu cantik.

Terdahulu dilaporkan wanita gempal dan berat mencecah 120 kilogram memenangi pertandingan ratu cantik dan dinobatkan sebagai ‘Ratu Vendimia'. Sebelum itu dilaporkan gadis berhijab yang berani menyertai pertandingan ratu cantik 'Miss Minnesota' di Amerika Syarikat.

Reuters, baru-baru ini pula melaporkan remaja berusia 19 tahun dari Puerto Rico, Stephanie Del Valle dinobatkan sebagai Ratu Cantik Dunia 2016!



Sumber foto: Twitter Miss World

Masih muda, tetapi gadis itu berjaya menunjukkan kepada dunia bahawa dia layak digelar wanita tercantik di dunia dalam pertandingan ratu cantik dunia edisi ke-66 yang berlangsung di National Harbor, Washington, pada tahun ini.

Sebelum itu, Stephanie dinobatkan sebagai 'Miss Mundo de Puerto Rico' ketika menyertai pertandingan ratu cantik di negaranya.

Tarikan pada dirinya yang melayakkan dia dinobatkan sebagai 'Miss World 2016' adalah kelebihannya berkomunikasi dalam tiga bahasa iaitu Sepanyol, Inggeris dan Perancis.

Mahkota ratu cantik diserahkan oleh Ratu Cantik Dunia 2015, Mireia Lalaguna dari Sepanyol.

Sumber foto: Reuters

Gadis bercita-cita menceburi industri hiburan itu merupakan rakyat kedua Puerto Rico melakar sejarah berkenaan selepas Wilnelia Merced memenangi gelaran sama pada 1975.

Tahniah diucapkan kepada Stephanie kerana berjaya membuktikan usia tidak menggariskan kematangan dan kecantikan seseorang wanita. - CARI

Lelaki Ini berubah Menjadi Puteri Disney (6 FOTO)

Seorang lelaki 'jambu' Richard Arthur telah memukau ribuan pengikut di laman Instagram miliknya bila mampu menjelma sebagai puteri dari dunia Disney.

Ini termasuklah Rapunzel, Snow White, Little Mermaid dan sebagainya. Yang uniknya jantinanya tidak sesekali menjadi penghalang untuk tampil seperti watak sebenar Disney itu. Malah, lebih flawless daripada wanita sebenar.



Mungkin ramai yang cemburu dengan 'kecantikan' lelaki ini. Namun, usaha yang ditunjukkan bukan sedikit, selain mekap dia juga mengenakan kostum bagi menonjolkan karakter dan watak yang dibawakan.

Dikatakan dia sememangnya begitu obses dengan watak puteri Disney dan menghabiskan masa dua jam untuk setiap transformasi dirinya.

Nah, anda boleh lihat sendiri antara hasil menakjubkan daripada Richard yang juga bekerja sebagai jurusolek freelance ini. - CARI

Jane, Tarzan.
Belle, Beauty and The Beast.
Rapunzel.
Ariel, Little Mermaid.
Anna, Frozen.

Kerana Terlalu Jelita, Anak Perempuan Di Kurung Oleh Ibubapa



DEK kerana kecantikan luar biasa yang dimiliki anak gadisnya, sepasang ibu bapa di Rusia bersikap protective hingga sanggup ‘mengurungnya’ selama 26 tahun daripada menikmati dunia luar.

Ini kerana mereka mendakwa konon berasa gusar perkara buruk akan menimpa anak perempuannya yang berusia 26 tahun itu, menurut laporan sebuah laman media antarabangsa.

Mangsa dikenali sebagai Angelica Kenova, tidak pernah keluar dari rumahnya melainkan ditemani beberapa pengawal peribadi dan pengiring sekiranya keluar bertemu janji (dating).

Ibu bapa Kenova sangat melindunginya kerana kecantikan yang dimiliki gadis itu dan jika diamati betul-betul, gadis itu saling tidak tumpah seperti watak kartun atau patung kegemaran kanak-kanak perempuan iaitu Barbie.

Kenova memberitahu rupa paras dan sosok tubuh yang dimilikinya itu asli dan bukannya hasil daripada mana-mana pembedahan plastik.

“Pembedahan plastik hanya perlu jika seseorang itu mengalami kecacatan yang serius pada wajah dan badan mereka sahaja,” ujarnya.

Tambah Kenova lagi, kedua-dua orang tuanya membesarkannya tidak ubah seperti seorang puteri dan mengawal setiap pergerakannya sehinggakan dia tidak merasai nikmat yang dirasai gadis seusianya.

Hal itu menjadikan Kenova berasa sedih dan hidupnya ibarat sebuah patung perhiasan di dalam cermin pameran.

Walau bagaimanapun, ketika usia menginjak 26 tahun, Kenova berharap dia dapat keluar dari rumahnya dan hidup berdikari tanpa dikelilingi pengawal atau pengiring.

“Ibu bapa saya telah mengurung saya di sebuah ‘istana kaca’ sepanjang hidup saya tetapi satu hari mudah-mudahan, saya akan dapat membebaskan diri dan hidup berdikari,” luahnya.


Wajah Ratu Cantik Dunia Pada Hari Biasa ( FOTO)

Pesona ratu cantik dunia sukar dinafikan. Mereka bukan sahaja memiliki wajah yang mempesonakan sebaliknya keyakinan yang luar biasa.

Namun, agaknya bagaimana wajah mereka bila di luar tanpa mencalitkan sebarang mekap? Jika ya pun, hanya dengan mekap yang tipis adakah mereka tetap tampil memukau?

Jom lihat ratu cantik dunia dengan wajah sehari-hari mereka. Yang manakah mampu mencairkan hati anda dengan wajah polos mereka?


Mireia Lalaguna (Sepanyol), Miss World 2015


Maria Gabriela Isler (Venezuela), Miss Universe 2013


Stefania Fernandez (Venezuela), Miss Universe 2009


Rolene Strauss (Afrika Selatan), Miss World 2014


Riyo Mori (Jepun), Miss Universe 2007


Leila Lopes (Angola), Miss Universe 2011


Megan Young (Filipina), Miss World 2013


Paulina Vega (Colombia), Miss Universe 2014


Pia Alonzo Wurtzbach (Filipina), Miss Universe 2015


Foto: merdeka.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blogger news