Pakai Bikini Kalau Nak Isi Minyak Percuma

RANGKAIAN stesen minyak Oblast di Rusia melakukan gimik pemasaran yang cukup luar biasa di kalangan pelanggannya, iaitu mereka hanya perlu memakai bikini dan kasut bertumit tinggi sekiranya ingin mengisi minyak secara percuma.

Walaupun kebanyakan penduduk menganggap strategi pemasaran dan promosi itu seperti merendah-rendahkan wanita namun tak disangka-sangka rupanya ramai yang berani menyahut cabaran tersebut demi mendapatkan minyak percuma.

Ianya juga tidak terhad kepada pengguna wanita sebaliknya ada pelanggan lelaki yang sanggup memakai pakaian mandi serta high heels seperti mana syarat yang dituntut demi minyak percuma.

Gambar-gambar pengguna sedang mengisi minyak dalam keadaan yang cukup seksi itu kini tersebar meluas di rangkaian laman sosial negara berkenaan berikutan keunikan gimik yang diketengahkan itu.




Lelaki Ini Melukis Potret Wajahnya Sendiri Selama Setahun

Potret pelik ini dicipta oleh seorang artis yang berdedikasi yang menghabiskan setiap hari selama setahun untuk melukis potret sendiri menggunakan kedua-dua tangan.

Artis berbakat ini Mosser Tom, 53, datang dengan idea beliau yang dinamakan Bed Head Self-Portrait sebagai satu cara yang kreatif sekurang-kurangnya sekali sehari.

Beberapa hari dia akan bekerja untuk hanya satu minit manakala yang lain beliau akan melukis untuk sejam - tetapi gambar-gambar tersebut biasanya akan selesai pada hari itu.










Artis Jepun mencipta ukiran halus menggunakan pisang (6 Gambar)

Ukiran yang dibuat oleh artis Jepun, Keisuke Yamada.

Jambatan Tol sejauh 1.4KM di Turki - Hubungkan Eropah dan Asia

Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan membuka rasmi jambatan gantung tertinggi dan terlebar di dunia yang menghubungkan benua Eropah dengan Asia di sini lewat Jumaat, lapor media tempatan.

Yavuz Sultan Selim Köprüsü di Istanbul itu merupakan jambatan ketiga merentasi Selat Bosphorus yang memisahkan bandar raya terbesar Turki tersebut kepada dua benua berbeza sejak sekian lama menghubungkan antara Laut Hitam dan Laut Marmara.

Projek mega bernilai 8.9 bilion lira (RM12.1 bilion) itu merupakan sebahagian daripada inisiatif Erdogan untuk memajukan kota raya utama Turki itu, yang secara kebetulan beliau sendiri merupakan mantan Datuk Bandarnya antara 1994 hingga 1998.

Jambatan ikonik yang mula dibina pada 2013 dan menyerupai seni bina Jambatan Brookyln di New York, Amerika Syarikat itu, turut dilengkapi dengan jalan raya lapan lorong bertol 9 lira (kira-kira RM12) selain laluan landasan kereta api dua arah.

Walaupun jarak jauh hanya 1.4 kilometer, iaitu jambatan gantung kesembilan paling panjang di dunia, namun ia memecah rekod baharu berketinggian 322 meter dari paras laut mengatasi Akashi-Kaikyo di Jepun; selain terlebar di dunia iaitu 59 meter.

Dinamakan sempena pemerintah terkenal Khalifah Uthamaniah kurun ke-16 lalu, jambatan direka arkitek Jean-Francois Klein dan Michel Virlogeux itu dijangka dapat menampung pergerakan 135,000 buah kenderaan setiap hari





Lelaki Ini Melukis Potret Wajahnya Sendiri Selama Setahun

Potret pelik ini dicipta oleh seorang artis yang berdedikasi yang menghabiskan setiap hari selama setahun untuk melukis potret sendiri menggunakan kedua-dua tangan.

Artis berbakat ini Mosser Tom, 53, datang dengan idea beliau yang dinamakan Bed Head Self-Portrait sebagai satu cara yang kreatif sekurang-kurangnya sekali sehari.

Beberapa hari dia akan bekerja untuk hanya satu minit manakala yang lain beliau akan melukis untuk sejam - tetapi gambar-gambar tersebut biasanya akan selesai pada hari itu.










Artis Jepun mencipta ukiran halus menggunakan pisang (6 Gambar)

Ukiran yang dibuat oleh artis Jepun, Keisuke Yamada.

Artis Jepun mencipta ukiran halus menggunakan pisang (6 Gambar)

Ukiran yang dibuat oleh artis Jepun, Keisuke Yamada.

Pelacur guna darah belut tipu pelanggan



Beijing: Polis Xuzhou di wilayah Jiangsu membongkar kegiatan pelacur yang mengguna darah belut untuk membuktikan keperawanan mereka bagi memperdaya pelanggan.

Menurut laporan China News, sindiket pelacuran itu menarik pelanggan menerusi aplikasi pesanan ringkas seperti WeChat, membabitkan wanita yang menawar keperawanannya untuk wang, kononnya bagi membolehkan mereka membayar perbelanjaan perubatan anggota keluarga.

Kegiatan itu terbongkar selepas seorang anggota polis menyamar sebagai pelanggan.

Jurucakap polis Hao Pengfei memberitahu wartawan, sindiket berkenaan beroperasi di bandar besar lain di seluruh China, termasuk Chongqing, Zhengzhou, Hangzhou, Lianyungan dan Shanghai.

“Pelacur terbabit menipu pelanggan dengan mendakwa mereka masih perawan. Mereka menggunakan sepan yang direndam dengan darah belut. Pelanggan dikenakan bayaran antara 2,000 dan 10,000 yuan untuk mendapatkan khidmat mereka,” katanya. - Agensi


Mat rempit tetak payudara



Kuala Lumpur: Sekumpulan ‘mat rempit’ bertindak ganas apabila menetak tangan dan payudara seorang eksekutif jualan selepas mengejar kenderaan mangsa.

Dalam kejadian jam 3 pagi kelmarin, mangsa berusia 27 tahun cedera parah selepas diserang empat suspek berhampiran Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) berhampiran Taman Tasik Metropolitan Kepong di sini.


Kejadian berlaku ketika mangsa dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kepong dari Cheras.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Zainuddin Ahmad berkata, mangsa yang melalui MRR2 terserempak empat motosikal ditunggang suspek secara berbahaya.

Menurutnya, mangsa cuba mengelak empat motosikal itu bagaimanapun gagal apabila keretanya dikejar dan dihimpit motosikal suspek.


Pelajar wanita tawar diri untuk disewa

Hangzhou (China): Kebiasaannya peniaga menjual produk atau barangan peribadi, namun berbeza dengan dua wanita muda ini yang menawarkan diri sendiri untuk ‘dijual.’

Kedua-dua wanita yang didakwa pelajar universiti di Hangzhou, wilayah Zhejiang di timur China, berbuat demikian dengan harapan dapat mengisi zaman remaja mereka menemani orang yang bertuah untuk menonton wayang, keluar makan dan membeli-belah.

Mereka dilihat berjalan di sekitar West Lake sambil memegang poster yang dibuat sendiri, menawarkan dirin untuk ‘disewa’ dan ‘berpacaran.’


Secara keseluruhannya, kelakuan mereka dilihat berjaya menarik perhatian.

Ramai pengunjung mengelilingi mereka. Bagaimanapun ia mungkin mempunyai kaitan dengan musim cuti.

Malangnya, kadar bayaran yang dikenakan untuk menggunakan perkhidmatan mereka tidak dinyatakan. - Agensi


Tersebar video adegan lucah dalam bilik salin pakaian

SATU video seks menunjukkan seorang lelaki berkaca mata dan seorang wanita melakukan seks di sebuah cawangan butik pakaian UNIQLO di Beijing yang menjadi viral, memberi tamparan hebat kepada usaha kerajaan China untuk menerapkan 'nilai penting sosialis'.

Filem satu minit yang bocor ke media sosial pada malam Selasa lalu, merebak pantas melalui WeChat dan Weibo (Twitter versi China).

Populariti video itu yang menarik sudah dilihat berjuta-juta orang serta rasa tidak senang Beijing menyebabkan syarikat Jepun yang memiliki UNIQLO terpaksa memberi tindak balas.


"Kami ingin mengingatkan orang ramai untuk mengutamakan akhlak sosial dan menggunakan bilik persalinan di premis dengan cara yang betul," kata kenyataan UNIQLO yang turut menafikan khabar angin bahawa ia menjadi dalangi video itu sebagai taktik pemasaran.

Beberapa pegawai kanan dua syarikat internet China daripada dipecat selain syarikat itu diberi amaran keras kerana membiarkan rakaman itu terlepas di internet.

"Video tidak senonoh ini merebak seperti virus dan bertentangan dengan nilai teras sosialis," kata Xu Feng, Pengarah Pentadbiran Siber China (CAC).

Polis kini sedang menyiasat siapa menghasilkan rakaman itu dan bagaimana ia muncul di internet. - The Guardian


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blogger news