6 jambatan tercantik di Bosnia dan Herzegovina

Bentuk mukabumi yang berbukit-bukau membuat negara ini dipenuhi banyak jambatan dan terowong. Berikut ini adalah enam jambatan paling cantik di Bosnia. Sebahagian besarnya merupakan peninggalan pada masa Bosnia masih menjadi sebahagian daripada Kesultanan Ottoman. Jambatan tersebut dibina ratusan tahun yang lalu dan masih berlangsung hingga sekarang.

"Hidup adalah sebuah keajaiban yang susah difahami, tak henti-henti berputar dan pada akhirnya berakhir. Tapi tak ada yang bertahan lama seperti jambatan di atas Sungai Drina," kata Ivo Andric dalam buku Jambatan yang Melintasi Drina.

Kehidupan terus berputar di sekeliling jambatan, pelbagai generasi berganti. Perang berlangsung dan berlalu. Namun jambatan-jambatan ini tetap berdiri dengan cantiknya di atas sungai-sungai yang mengaliri Bosnia.


Festina Lente
Jambatan Arslanagic di Trebinje
Jambatan Latin
Jambatan Mehmed Paša Sokolović
Jambatan Tua Konjic
Jambatan Tua Mostar

Budak berusia 3 tahun bakal jadi pemain snooker terhebat (5 gambar)

Baru berusia tiga tahun, Wang Wuka telah diajar oleh ayahmya, Wang bermain snooker lebih dari dua tahun

Budak itu, yang berasal dari Xuancheng, Anhui telah berjanji untuk menjadi pemain snooker ternama, menjalani lima jam latihan setiap hari untuk menembak bola dengan tepat.


Karya Gambar Astronomi Terbaik 2013 (14 Gambar)

Sebahagian dari foto - foto mengagumkan galaksi Bima Sakti yang memenangi anugerah berprestij Jurugambar Astronomi Terbaik 2013. Pertandingan yang telah berlangsung untuk tahun kelima ini menerima lebih dari 1200 kiriman foto dari 49 negara. Semua foto karya pemenang kategori, juara dua dan tiga, dan foto pilihan akan dipamerkan di Royal Observatory, Greenwich, London sehingga 23 Februari 2014.


Potret Mata Wang OLEH Mark Wagner (9 Gambar)

Mark Wagner adalah seorang seniman kolaj yang menciptakan "Currency Portraits" atau potret mata wang, sebuah siri yang diperbuat daripada wang $ 1 yang digunting-gunting. Karyanya dipamerkan di New York City.

Karya Wagner begitu tepat, rumit, dan membuat orang berfikir. Dengan tema unik dan gambaran fantasi, ia mencabar orang-orang yang melihat karyanya untuk menganalisis hubungan mereka dengan wang dan masyarakat kapitalis di mana kita hidup.

Pameran karya-karyanya boleh dilihat di Galeri Pavel Zoubok sampai 5 Oktober.



Bandar hantu di Perancis (7 Gambar)

Bandar Goussainville-Vieux Pays ini terletak 19.3 km dari Paris. Sudah 40 tahun kota yang dulunya hidup dari penternakan ini diabaikan. Pada tahun 1973, saat Paris Air Show, pesawat Tupolev TU-144 yang mirip Concorde jatuh di desa ini, meranapkan rumah dan membunuh lapan orang. Setahun kemudian lapangan terbang Charles de Gaulle dibina  dengan landasan hanya 3.2 km dari bandar kecil ini.

Sejak itu, suara bising membuat warga ketakutan akan kemalangan yang mungkin terulang. Penduduk pun mulai pindah, lelah akan pencemaran udara dan kebimbangan akan berlaku kemalangan lagi. Kini, bandar ini hanya didiami beberapa orang.



Oktoberfest 2013: Merayakan Festival Bir Terbesar Dunia (9 Gambar)

Oktoberfest adalah satu pesta atau festival tahunan yang berlangsung di Munich, Bavaria, Jerman. Diadakan pada akhir bulan September hingga awal bulan Oktober,pesta ini adalah salah satu pesta yang terkenal di negara dan yang terbesar di dunia dengan lima hingga enam juta pengunjung setahun. Oktoberfest merupakan sebahagian daripada budaya penduduk Bavaria kerana pesta ini pertama kali diadakan pada tahun1810. Bandar lain di dunia juga mengadakan pesta Oktoberfest dengan menggunakan pesta ini di Bavaria sebagai model malahan dengan nama yang sama.. Festival tersebut diadakan selama 16 hari hingga 16 Oktober. SUMBER FOTO reuters

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blogger news