Heidi Klum dan Seal mungkin kelihatan seperti sebuah pasangan suami isteri yang bahagia. Namun, perpisahan mereka yang diumumkan pada bulan Januari lalu setelah tujuh tahun bersama ternyata meleset.
Manakan tidak kini timbul pula dakwaan penyanyi Seal yang terkenal dengan lagu "Kiss From a Rose" menuduh bekas isterinya telah bermain kayu tiga sebelum pasangan tersebut bercerai.
Tuduhan tersebut dibuat setelah gambar-gambar Heidi yang kelihatan sedang bermesra dengan pengawal peribadi sepanjang bercuti di Sardinia, Itali tersebar di media.
"Walaupun saya tidak mengharapkan dia (pengawal peribadi) lakukan sesuatu yang lebih baik, saya ingatkan Heidi boleh menjadi contoh yang bagus dengan sekurang-kurangnya tunggu sehingga kami berpisah sebelum bertindak mengadakan hubungan sulit dengan lelaki itu," ujar beliau di sebuah video yang dipaparkan di portal TMZ.
"Tapi saya rasa kini anda semua sudah mendapat jawapan yang dicari selama tujuh bulan ini."
Pihak Heidi pula menolak spekulasi tersebut dengan mengatakan bahawa hubungan Heidi dengan pengawal peribadi beliau tidak lebih daripada sudut profesional. Tambahan pula, mereka berdua berkawan rapat setelah lelaki tersebut berkhidmat kepada keluarganya selama empat tahun.
Heidi juga menjelaskan bahawa antara punca perpisahan yang berlaku adalah disebabkan sikap Seal yang pemarah.
Perpisahan yang sepatutnya dibuat atas persetujuan bersama akhirnya memberikan kesan pahit kepada mereka berdua.
Sumber
0 comments:
Post a Comment