Bayi Lahir Dengan Dua Batang Gigi Sempurna

Ibubapa kepada seorang bayi, Oliver James terkejut kerana bayi mereka yang baru lahir mempunyai dua batang gigi depan yang sempurna sifatnya.


Biasanya gigi seorang bayi memerlukan diantara enam bulan hingga setahun untuk berkembang tetapi berlainan pula Oliver James, giginya memang telah ada sejak dia dilahirkan.


Pasangan yang berasal dari Haverhill, Cambridgeshire ini menerima kunjungan daripada keluarga dan rakan-rakan yang ingin melihat sendiri kebenaran cerita itu.




Sumber asal : http://www.dailymail.co.uk/




Benang Pembersih Kunci Kehamilan

Para wanita yang ingin mendapatkan anak seharusnya membersihkan gigi secara teratur dengan benang pembersih, demikian dikatakan sekelompok doktor pakar
Mengikut kajian yang dilakukan semasa perjumpaan pakar- pakar di Sweden mengatakan hasil penelitian merekan bahawa wanita yang memiliki penyakit gusi memerlukan waktu tujuh bulan untuk  hamil, dibandingkan dengan jangka waktu normal, iaitu lima bulan.
Wanita yang menderita penyakit gusi juga dilaporkan memerlukan waktu dua bulan lebih lama untuk hamil.
Sumber: BBC




7 Punca Kenapa Anda Makan Banyak Kali!

Pastinya anda pernah mengalami situasi dimana anda baru sahaja lepas makan tetapi anda cepat rasa lapar kembali. Ini akan membuatkan anda untuk makan banyak kali. Ianya tidak baik untuk penjagaan kesihatan dan juga boleh menyebabkan penambahan berat badan dan kegemukkan.

Tahukah anda, apakah punca yang menyebabkan anda nak makan banyak kali?




(1) Minum terlalu banyak minuman manis

Hasil daripada kajian oleh University of California di San fransisco mendapati bahawa kandungan gula boleh menipu otak terhadap keinginan untuk makan lebih banyak. Ia menghalang hormon Leptin daripada memberitahu otak bahawa anda telah pun mendapat makanan yang secukupnya. Jadi ini yang menyebabkan anda cenderung untuk makan lagi walaupun baru sahaja lepas makan.

(2) Makan makanan bertin

Makanan di dalam tin terdedah kepada bahan kimia seperti bisphonel-A atau BPA, yang turut mempengaruhi hormon Leptin seseorang. Ia akan menyebabkan seseorang untuk makan banyak kali dan juga dikatakan sebagai punca terhadap masalah obesiti.

(3) Sarapan pagi yang tidak mencukupi

Hasil kajian terhadap 6746 orang yang dijalankan selama 4 tahun mendapati bahawa seseorang yang mengambil sarapan yang mengandungi 300 kalori pada waktu pagi akan meningkatkan pertambahan berat badan sebanyak 2 kali ganda berbanding orang yang mengambil 500 kalori. Ini kerana sarapan pagi yang tidak mencukupi akan menyebabkan seseorang untuk makan banyak kali sepanjang hari.

(4) Tidak makan sayur-sayuran

Khasiat didalam sayur-sayuran boleh membantu untuk seseorang berasa kenyang lebih lama dan ini dapat mengelakkan anda daripada makan banyak kali dan makan lebih banyak.






(5) Tidak minum teh kurang gula

Hasil daripada kajian mendapati bahawa seseorang yang minum teh kurang gula selepas makan akan membuatkan mereka berasa lebih kenyang dan secara tidak langsung dapat mengelakkan anda daripada makan banyak kali.

(6) Kurang minum air masak

Tubuh badan yang kurang air akan menyebabkan seseorang untuk makan lebih banyak kerana ia meningkatkan tahap kelaparan seseorang. Sebaiknya, sebelum anda makan, minumlah air masak terlebih dahulu.


(7) Kebosanan

Hasil daripada kajian penyelidik dari Flinders University, Australia mereka mendapati bahawa kebosanan akan meningkatkan keinginan seseorang untuk makan lebih banyak. Jadi isi lah masa terluang anda dengan aktiviti yang berfaedah. Jangan biarkan diri anda kebosanan seterusnya anda cenderung untuk makan banyak.


SUMBER: http://selangor2u.com 




Kambing berwajah ganjil


Kejadian pelik ini berlaku di kampung Air Suda 2 ,Gerik mengejutkan penternak Abd Karim Abd Hamid. Menantunya, Mohd Halim Mat Wahid, 37 berkata, wajah anak kambing dari spesies boer itu dianggap satu perkara yang luar biasa dan ia telah menarik perhatian orang ramai.

Walau bagaimanapun, kata Mohd Halim, anak kambing itu telah mati selepas beberapa saat dilahirkan dan telah dikebumikan di belakang rumah bapa mertuanya.




Ilustrasi Tatoo - Kirk Quilaquil














www.facebook.com/itsninjatic

Kreatif - Seni Jalanan
































Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blogger news