Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan membuka rasmi jambatan gantung tertinggi dan terlebar di dunia yang menghubungkan benua Eropah dengan Asia di sini lewat Jumaat, lapor media tempatan.
Yavuz Sultan Selim Köprüsü di Istanbul itu merupakan jambatan ketiga merentasi Selat Bosphorus yang memisahkan bandar raya terbesar Turki tersebut kepada dua benua berbeza sejak sekian lama menghubungkan antara Laut Hitam dan Laut Marmara.
Projek mega bernilai 8.9 bilion lira (RM12.1 bilion) itu merupakan sebahagian daripada inisiatif Erdogan untuk memajukan kota raya utama Turki itu, yang secara kebetulan beliau sendiri merupakan mantan Datuk Bandarnya antara 1994 hingga 1998.
Jambatan ikonik yang mula dibina pada 2013 dan menyerupai seni bina Jambatan Brookyln di New York, Amerika Syarikat itu, turut dilengkapi dengan jalan raya lapan lorong bertol 9 lira (kira-kira RM12) selain laluan landasan kereta api dua arah.
Walaupun jarak jauh hanya 1.4 kilometer, iaitu jambatan gantung kesembilan paling panjang di dunia, namun ia memecah rekod baharu berketinggian 322 meter dari paras laut mengatasi Akashi-Kaikyo di Jepun; selain terlebar di dunia iaitu 59 meter.
Dinamakan sempena pemerintah terkenal Khalifah Uthamaniah kurun ke-16 lalu, jambatan direka arkitek Jean-Francois Klein dan Michel Virlogeux itu dijangka dapat menampung pergerakan 135,000 buah kenderaan setiap hari
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Blogger news

tamadun islam dan tamadun asia 1 kungfu panda

20 perbezaan lelaki perempuan secara saintifik 18f...

abang long rajin

sekitar pengambaran teaser filem amukan kuntilanak

pulang ke rumah untuk buat kejutan lelaki ini mera...

sokong kedai fama kuala pilah

resepi air kathira

Resepi Telur Bungkus Paling Menepati Selera Puas Hati Bila Isinya Lebih
0 comments:
Post a Comment